Ali terkenal dengan demontrasi membantah kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih dan perhimpunan antirasuah Tangkap MO1. Dia juga diingati ramai kerana melakukan protes 'senaman punggung' pada 2012 di luar rumah pengerusi bersama Bersih ketika itu, Ambiga Sreenevasan.
Menurut laporan FMT Ali mendakwa dia sudah insaf dan kini hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno berikutan skandal rasuah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.
“Kita sebagai ahli hilang keyakinan terhadap ketua kita, saya ibarat penyokong, kalau ada perlawanan bola sepak akan sokong pasukan tertentu, tetapi apabila pihak pengurusan jual perlawanan, maka kita tidak sokong lagi.
“Saya masuk Bersatu atas kehendak sendiri. Saya di Umno dahulu bukan di pihak pengurusan parti, jadi kita hanya ikut apa yang dikatakan pimpinan atasan, tapi tindakan pimpinan atasan buat saya hilang kepercayaan,” katanya kepada FMT.
Bersatu belum luluskan keahlian
Menurut laporan itu, Ali menyerahkan borang keahlian menyertai Bersatu bahagian Bandar Tun Razak.
Bagaimanapun, sumber Bersatu dalam suatu lagi laporan FMT dipetik berkata, parti itu belum meluluskan permohonan keahlian Ali.
“Beliau hanya menghantar borang permohonan, tetapi belum diluluskan keahliannya,” katanya.
Bantahan Ali Tinju pada 15 Mei 2012 memaparkan sekumpulan pesara tentera melakukan "latihan senaman" di luar rumah Ambiga, yang melibatkan gerakan membongkok dan menghalakan punggung mereka ke arah pintu masuk kediaman peguam itu.
Protes tersebut dibuat sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan sebulan lebih awal.
Dia juga mengancam untuk melakukan perkara yang sama di pejabat Malaysiakini kerana membantah laporan berita mengenai isteri perdana menteri ketika itu, Rosmah Mansor, tetapi ugutan berkenaan tidak menjadi kenyataan.
Ali juga dituduh di mahkamah pada tahun 2015 kerana didakwa membuat kenyataan menghasut semasa kejadian kekecohan di luar Plaza Low Yat pada awal tahun itu, tetapi peguam negara, Mohd Apadi Ali tiba-tiba menggugurkan pendakwaan terhadapnya memberi sebab kekurangan bukti.
Pada tahun 2016, beliau mengetuai tunjuk perasaan terhadap polis yang didakwanya gagal bertindak dengan sepatutnya pada perhimpunan Tangkap MO1, yang sebaliknya merupakan bantahan yang menyeru pihak berkuasa untuk menangkap Najib atas skandal 1MDB.
Pada 2016 juga, Ali dilaporkan membuat ugutan bunuhterhadap pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah.
Ali mendakwa media salah lapor kenyataannya, tetapi kemudiannya muncul rakaman yang menyokong laporan itu.
Menurut menteri dalam negeri pada waktu itu, Zahid Hamidi, kes itu diklasifikasikan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut).
Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dalam maklum balasnya kepada Malaysiakini berkata cukup mengecewakan jika Ali diterima sebagai anggota Bersatu.
"Dia telah menunjukkan sikap tidak bertoleransi terhadap pandangan yang berbeza dan mengancam nyawa pihak yang tidak bersetuju dengan pandangannya.
"Pada era Malaysia baru ini bukan sahaja pemimpin rasuah yang tidak dapat diterima tetapi juga mereka yang memprovokasi keganasan.
"Jika kita tidak bertegas, apa yang akan menghentikan mana-mana pihak daripada menerima Jamal Md Yunos?" Soalnya.
Jamal merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar yang turut dikenali kerana sering membuat kenyataan yang dianggap provokatif dan tanpa toleransi.
*Aku harap PAS boleh terima Ali Tinju sebagai ahli. Lagipun dia insaf. Kira taubat tak mau buat lagi. Boleh kan PAS...
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan