Selasa, 13 November 2018

2 ahli parlimen UMNO lompat masuk PAS!

Ini respon terhadap dakwaan pemimpin PAS yang mengatakan ahli parlimen UMNO yang lompat parti ke PH adalah pengkhianatan.

Andai kata ada 1 atau 2 orang ahli parlimen UMNO atau dari PH yang melompat ke parti PAS. Bagaimana pula takrifannya?

Jadi tolong abaikan tajuk post ni sebab tak betul pun hahahahaha.



Selepas pemimpin Umno mengecam wakil rakyat yang melompat parti dengan bidalan langau, seorang ulama PAS pula mengaitkan tindakan terbabit denan iman di hati.

Penceramah terkenal dan anggota Jawatankuasa PAS Selangor Ahmad Dusuki Abd Rani berkata seseorang wakil rakyat yang melompat keluar dari parti dan kerusinya dianggap membawa dosa khianat sehingga ke pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Parti baru yang menerima mereka pula, katanya, adakah akan menerima wakil rakyat terbabit dengan senang hati.

"Apakah tiada sekelumit iman di hati para pelompat parti ini?" katanya melalui satu hantaran di media sosial semalam.

Ahmad Dusuki yang dicalonkan PAS untuk merampas kerusi dewan undangan negeri Kota Anggerik - dan kalah perbezaan lebih 17,000 undi - pada 9 Mei lalu mengulas mengenai tindakan anggota dewan undangan negeri (Adun) Guar Chempedak meninggalkan Umno semalam.

Tindakan itu menjadikan Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail menjadi wakil rakyat bebas dan diumum Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Ahmad Kassim semalam. 

Kata Ahmad Dusuki semalam berlaku lagi "budaya khianat" di kalangan wakil rakyat dan menggesa "para alim ulama" mengeluarkan hukum mengenai langkah keluar parti tersebut.

Biar pengundi memilih semula

"Apakah dengan mengisytihar (menjadi) Adun atau MP (anggota parlimen) bebas kalian akan dianggap bersih daripada dosa?

"Para alim ulama perlu mempertegaskan hukum terhadap pelompat pelompat parti ini agar tidak menjadi budaya di kalangan mereka yang telah diberi tanggungjawab untuk mewakili pengundi yang mengundi mereka itu.

"Agama ini jelas melarang kalian MP atau Adun melakukan khianat!!! Apa sahaja parti kalian wakili!!" katanya yang kelihatan berang berdasarkan kenyataan dibuatnya itu.

Untuk rekod sejak PRU ke-14 berakhir sejumlah Adun dan MP meninggalkan BN dan menjadi wakil rakyat bebas, atau membentuk gabungan sendiri.

Selepas berlaku krisis dalaman PAS pada 2015 pula beberapa wakil rakyat mereka turut meninggalkan parti berkenaan dan menubuhkan Amanah, atau menyertai parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

Kata Ahmad Dusuki jika ada wakil rakyat yang mahu melompat parti mereka mesti melepaskan kerusi yang dimenangi itu untuk membolehkan pengundi masing-masing membuat pilihan semula melalui pilihan raya kecil.

Beliau yang terkenal dengan siri ceramah mengenai alam barzakh berkata tindakan itu perlu diambil kerana mereka memenangi sesuatu kerusi menggunakan parti asal masing-masing.

"Itu jelas khianat!!!" katanya.


Aku juga setuju, cumanya kenapa mereka tak lompat masuk pati PAS. Please la, wahai ahli parlimen bukan dari PAS. Tolong lompat masuk PAS.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tak pernah berlaku umno lompat ke pas.

paklong berkata...

Agak mustahil individu berstatus MP atau ADUN dari parti lain nak jadi katak kepada PAS..tapi PAS ramai ahlinya melompat jadi katak

Tanpa Nama berkata...

apa salahnya kalau sebelum ni orang UMNO melompat masuk PPBM yang tak ketahuan hala dan penuh caca marba maka adalah lebih baik join PAS dari menyertai PPBM tu.. Korang tunggu masa bila madey kencing / berak ke atas muka orang-orang UMNO yang menyertai PPBM tunggu masanya akan tiba samada cepat atau lambatnya. Yang pastinya kalau join PPBM akan dapat jutaan ringgit sebagai sogokan tapi join PAS takde sogokan apa-apa .. Nampak tak bezanya ? tak nampak ? tak usah jadi manusia la...

Tanpa Nama berkata...

ustaz dasuki tak oleh bezakan diantara:
ASEBAB AGAMA dan ASEBAB DUNIAWI.

Asebab AGAMA, datang dari WAHYU ALLAH!Sebagai perintah melalui rasul2/nabi2/sahabat2 ada hukum & peraturan2nya,sesiapa yg TAAT ada JANJI ALLAH DUNIA/ AHKIRAT.DUNIA sebagai UJIAN..MAKSUD HIDUP SSEMPURNAKAN AGAMA.SIFAT2 TAK BERUBAH!TAAT/YAKIN ALLAH...Dan sifat2 kebaikan sejak ADAM DICIPTA DAN SIFAT JIN YG WARAK!TETAPI MENJADI "IBLIS"Sebab tak TAAT ,perintah ALLAH,dan SIFAT SOMBONG!!

Bagi ASEBAB DUNIA..ALLah tak syaratkan orng2 islam shj!SESIAPA shj boleh DAPAT NIKMAT DUNIA.walaupun orng melanggar peraturan2/hukum allah..
ASEBAB keperluan dunia berubah2 ikut keperluan semasa..umpama keinderaan,politik,kominikasi,perumaahan ,makanan dan banyak lsgi.

MAKSUD HIDUP!SEMPURNAKAN KEPERLUAN DUNIA!

Bila orng2 islam,gunakan asebab duniawi bercampur aduk dgn AGAMA !yg tidak diperintahkah ALLAH...Beberapa perlanggaran berlaku utk kepentingan peribadi,kumpulan,masyarakat:
1.mengamalkan politik duniawi!mengambil hujah pemimpin islam shj boleh memerintah,sedangkan peminpin islam allah maksudkan yg ikut jln LURUS,BERDAKWAh,MENGAJAK MANUSIA PADA ALLAH,BUKAN KEPERLUAN DUNIA.
2.Hanya YAKIN pada ALLAH,BUKAN Parti politik buatan manusia! JIKA BANTU AGAMA ALLAH!Allah bantu kamu!yg telah ditetapkan oleh nabi s.a.w

cara nabi:
1.berbaik2 sesama manusia.
2.tidak memeriksa amalan umat/Manusia.
3.mengajak umat mengenal/YAKIN allah,memberi keterengan Amaran pada yg ingkar/dan berita syurga yg taat.
4.BERDOA minta BANTUAN ALLAH..

HARUS DiingaT HIDAYAH DITANGAN ALLAH..INSYALLAHada BANTUAN ALLAH..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM!

Dgn nama ALLAH MAHA PEMURAH....NIKMAT DUNIA ALLAH BERIKAN PADA SEMUA!
MAHA PENYAYANG! Nikmat IMAN diberikan pada orng2 BERIMAN shj.

Tanpa Nama berkata...

Hoi Bahlol, mana dia mp lompat masuk pas...kan aku dah kata kalu dah bahlol mmg bahlol lah...ikut dap jadi bodoh