Khamis, 18 Oktober 2018

Zahid Hamidi bermain sandiwara untuk tidur lokap SPRM?

Aku tak tahu sama ada DS Zahid Hamidi malam ini tidur lena atau tidak. Apakah lokap yang dikhaskan kepada tetamu VVIP tidak sama dengan lokap Orang Kena Tuduh (OKT) yang lain, itu pun aku tidak pasti. Harap tidak adala tilam 12 inci dan penghawa dingin.

Yang pasti aku hairan kenapa DS Zahid Hamidi menolak untuk diikat jamin? Sedangkan beliau boleh berbuat demikian untuk tidur di rumah.

Apakah duit ahli keluarganya sudah tiada ..?

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya untuk memohon dibebaskan daripada ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, menurut isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.

"Peguam nak bagi dia keluar tetapi dia tak nak. Dia (Ahmad Zahid) akan di sini sampai esok pagi dan dari sini (Ibu Pejabat SPRM) pergi ke mahkamah (Kuala Lumpur),” katanya, petik Bernama.


APakah tindakan beliau adalah untuk menunjukkan dirinya benar-benar tidak bersalah atau hanya menagih simpati rakyat jelata. Mengajak rakyat bermain psikologi?

Awal-awal lagi aku hairan kenapa Zahid Hamidi telah sebanyak 2 kali mengadap Tun Mahathir. Apakah mohon perlindungan?

Apapun tahniah Pakatan Harapan kerana kes ini telah dibongkar. Bayangkan jika UMNO terus memerintah, sudah tentu kita tidak akan dapat melihat sejarah tercatat seperti ini.

Tahniah juga SPRM kerana telah transform. Cumannya jika ada pemimpin PH yang korup ... jangan pilih bulu. Nanti kena sumpah seranah rakyat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: