Khamis, 18 Oktober 2018

Kalau PAS memerintah hari ini pun belum tentu tol boleh dihapuskan

Tol: Tunggu kewangan negara stabil - Baru

Kerajaan tidak akan menghapuskan lebuh raya bertol sehingga keadaan kewangan negara kembali stabil dan sihat.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata dasar kerajaan ketika ini amat jelas untuk tidak menghapuskan tol di lebih raya di negara ini.

“Saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa dasar kerajaan jelas dan kita tidak akan menghapuskan tol sehingga keadaan negara ini dipulihkan dan kembali sihat.

“Mengenai soalan sama ada rakyat Malaysia bermimpi (hidup tanpa tol), itu terpulang kepada rakyat tetapi sekali lagi saya jelaskan dasar kerajaan ialah tidak menghapuskan tol sehingga keadaan kewangan negara sihat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) mengenai manifesto Pakatan Harapan (PH) yang mahu menghapuskan tol dan adakah rakyat sekadar bermimpi untuk tinggal di negara tanpa tol.

Menjawab soalan Muslimin Yahaya (PH BERSATU-Sungai Besar) mengenai kemajuan projek Lebuh Raya Pantai Barat (WCE), Baru berkata projek bernilai RM6.542 bilion itu dijangka siap pada tahun 2022, dua tahun lewat berbanding jadual asal pada April 2020.

“Kelewatan ini disebabkan beberapa faktor antaranya membabitkan proses mengambil alih tanah manakala tempoh konsesi WCE ialah selama 50 tahun bermula daripada tarikh perjanjian konsesi pada 2 Januari 2013.

“WCE ini akan memiliki 20 plaza tol iaitu enam di laluan utama dan 14 lagi berada di persimpangan bertingkat serta lebuh raya ini sepanjang 313 kilometer dari Banting, Selangor ke Changkat Jering, Perak. Setakat ini, kemajuan WCE berada pada kadar 60 peratus,” katanya.


Jika PAS memerintah sekarang


Berikut adalah antara 20 tawaran PAS jika memerintah. Jika dilihat, mereka pun tidak menyatakan bahawa tol akan dihapuskan. Akan distruktur semula. Jadi tolonglah bersabar kerana PH cuba untuk menyelesaikan banyak perkara.

CYBERJAYA: Gagasan Sejahtera (GAGASAN) diterajui PAS melancarkan manifesto Malaysia Sejahtera yang menawarkan 20 perkara utama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengerusi GAGASAN, Datuk Seri Hadi Awang, berkata tawaran kepada kumpulan sasar itu dalam bentuk dasar dan penyelesaian bagi mengatasi bebanan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang.
"Antara tawaran itu termasuk memperkasa peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai Ad-din. Kita boleh tangani masyarakat majmuk dan pada masa sama wajib berlaku adil terhadap semua rakyat.
"Selain itu menghapus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikan dengan sistem cukai yang lebih adil. Malah ketika menggunakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kita juga melihat banyak kekurangan selain banyak berlaku ketirisan dalam hasil tanpa cukai.
"Kita juga akan melupuskan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerana sekiranya tidak ada ketirisan, peruntukan yang ada cukup untuk meringankan beban pendidikan anak muda," katanya pada sidang media pelancaran manifesto berkenaan di sini, malam ini.
Selain itu Hadi yang juga Presiden PAS berkata, kadar bayaran tol juga akan distruktur semula bagi mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.
"Kadar tol sepatutnya makin hari makin turun, bukan makin hari makin naik, bergantung kepada kajian yang dibuat, secara mudah, kita pernah hapuskan tol di Terengganu pada 1999. Alternatifnya (untuk tampung) kita tambah cukai kepada kalangan korporat dan industri," katanya.
Selain itu antara tawaran lain dalam manifesto berkenaan termasuk pengurangan harga rumah mampu milik antara RM50,000 hingga RM180,000, dan mengembalikan sistem kuota di universiti awam.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: