Sabtu, 13 Oktober 2018

Mat Sabu tersenarai untuk dapat gelaran Datuk Seri?

Mereka yang menerima penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) membawa gelaran datuk seri iaitu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Penasihat Umum AMANAH Datuk Seri Ahmad Awang.

Manakala, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Dr Mohd Hatta Ramli, Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Datuk Abdul Ghani Samsudin diberi anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) membawa gelaran Datuk.

Senator Husam Musa yang juga Naib Presiden AMANAH dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka Mohd Sofi Abdul Wahab menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) yang turut membawa gelaran Datuk.

Senarai penuh yang dapat title Datuk Seri seperti berikut:
1) YB Rina binti Harun – Menteri Pembangunan Luar Bandar
2) YB Dr Haji Dzulkeply bin Ahmad – Menteri Kesihatan
3) YB Mohd Redzuan bin MD Yusof – Menteri Pembangunan Usahawan
4) YB Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
5) YB Dato’ Dr Mujahid bin Yusof – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
6) YBhg. Datuk Borhan bin Dolah – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
7) YB Datuk Wira Roslan bin Ibrahim – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
8) YB Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin – Timbalan Menteri Industri Utama
9) YBhg. Dato’ Sri Jamil bin Salleh – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
10) En Ahmad bin Awang – Penasihat Umum Parti Amanah Negara
11) YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha – Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia
12) YBhg. Datuk Wira Noormustafa Kamal Bin Yahya – Pengarah Urusan Kuala Linggi International Port
13) YBhg. Datuk Mohamad Fazil bin Shafie – Pengarah Urusan Fazil Group
14) YBhg. Dato’ H’ng Bak Tee – Pengarah Urusan GUH Holding Sdn Bhd

Nampaknya nama abang Mat Sabu tak tersenarai. relek la abang Mat. Steady. Nanti dapat la tu. Kalau tak ada title lagi best. tetap macam dulu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

mahligaiseni berkata...

Ya, itu perkara kecil sahaja. Dapat, alhamdulillah; tak dapat tidak mengapa. Kepada yang dapat, tahniah. Kepada yang tak dapat, syabas atas usaha membina semula kecemerlangan negara. Kami tetapi menghargai anda.