Jumaat, 12 Oktober 2018

Kerana dendam rakyat jadi mangsa kata Najib.. kekeke

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa beliau tidak menyangka rakyat menjadi mangsa kononnya akibat ‘dendam’ kerajaan kepada dirinya.

“Saya tidak terfikir kerajaan yang berdendam dengan saya seorang akan membawa kesusahan pada saudara-saudari,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya hari ini.

Kenyataannya itu dipercayai merujuk isu pembatalan pakej projek Transit Aliran Massa (MRT2) yang dianugerahkan kepada gabungan Gamuda dan MMC Corp (Gamuda-MMC) yang dibimbangi menyebabkan 20,000 pekerja dan 600 lagi syarikat tempatan hilang punca pendapatan.

Sebelum ini, beliau berkata, projek berkenaan dianugerahkan kepada Gamuda-MMC secara tender terbuka antarabangsa pada 2016 dan kini ia siap kira-kira 40 peratus.

Katanya, Gamuda-MMC terpilih dengan bidaan terbaik dari segi teknikal dan harga paling rendah, mengatasi empat syarikat disenarai pendek untuk tender berkenaan iaitu China Railway Group (CREC) dan China Communications Construction Co (CCCC) dari China, Taisei Corp dari Jepun dan Hyundai Engineering dari Korea Selatan.

“Saya bimbang. Infra rakyat kita sediakan untuk kemudahan rakyat, supaya mudah berulang-alik, tidak terlalu bergantung kepada kereta.

“Supaya rakyat kita dapat pekerjaan. Supaya graduan kita dapat pengalaman latihan dan kemahiran, bersama-sama membina sebuah mercu tanda negara.

“Kerajaan hari ini hanya memikirkan keuntungan dan tidak terfikir impak kepada kebajikan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tampil menjelaskan projek kerja bawah tanah bagi MRT2 tidak dibatalkan, sebaliknya kontrak itu akan diberikan kepada kontraktor yang boleh menjalankan operasi pada kos lebih rendah.

Najib berkata, beliau bimbang memikirkan puluhan ribu rakyat kehilangan nafkah dan pekerjaan serta hanya mampu berdoa untuk kebaikan mereka.

“Saya resah bayangkan kehidupan keluarga mereka selepas ini, ada yang gaji mereka cuma RM1,200 sebulan.

“Dulu, kita cipta peluang pekerjaan bagi graduan kita membangunkan Malaysia. Dengan pekerjaan stabil, mereka dapat membina rumah tangga dan keluarga.

“Saya tidak terfikir kesenangan saudara-saudari sekeluarga akan bertukar jadi kesusahan,” katanya. katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dah lama menjadi mangsa semasa pemerintahan Najib...!

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah terantuk tetapi berpura pura rs tidak sakit. Kepala pusing mencari akal tetapi pening tetap pening. Tangkap senohong, gelama si ikan duri dahlah bercakap bohong selamba pulak tu mencuri. Dahulu orang tidak akan pertikai tapi sekarang ramai bangkit pertikai.
Kini penyokong pun bawa rebah. Dan selamanya penyokong akan pergi meninggalkan sepi.... dan yg nyata sekarang hanyalah balasan kifarah,ujian dan cabaran dilalui. Moga bertaubat.