Selepas ini, alasan ini jugalah yang akan diguna pakai oleh seluruh penyokong PAS. Tidak berkecuali UMNO yang semakin tenat.
Keputusan tidak rasmi PRK Port Dickson:
PRK PD | Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.
Setakat 7.30 malam, Anwar telah meraih 24,682 undi.
Malaysiakini menganggarkan peratusan keluar mengundi adalah 60 peratus, yang bererti calon yang mendapat 22,700 undi ke atas akan memenangi PRK itu.
Peratusan keluar mengundi rasmi setakat 4 petang tadi adalah 54 peratus.
PAS setakat berita ini ditulis berada di tempat kedua dengan 6,540 undi, sementara bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di tempat ketiga meraih 3,574 undi.
Selain Mohd Isa, calon bebas lain dijangka hilang deposit.
Ketika ini, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukari Azlan meraih undi paling rendah iaitu 84 undi.
Anwar angkat sumpah Isnin ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini, akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, pada Isnin ini yang juga hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14.
Perkara itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff kepada wartawan NSTP menerusi WhatsApp, malam ini.
Rasmi Anwar menang besar
Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK Port Dickson selepas meraih 31,016 undi, seperti diumumkan SPR.Anwar mendapat 23,560 undi majoriti ke atas pesaing terdekatnya, calon PAS Mohd Nazari Moktar yang memperoleh 7,456 undi. Calon bebas Tan Sri Mohd Isa Samad berada di tempat ketiga dengan 4,230 undi.
Menurut SPR, peratusan keluar mengundi adalah 58.25 peratus.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan