Sabtu, 11 Ogos 2018

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim calon PAS di DUN Seri Setia?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS Selangor akan membentangkan laporan termasuk senarai calon pendek untuk dipertimbangkan bertanding di dua DUN itu pada mesyuarat yang akan diadakan petang esok.

Beliau berkata, PAS sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan calon termasuk peluang untuk memenangi kerusi, namun ia bergantung kepada PAS Selangor.

“Sesiapa sahaja boleh mencadangkan senarai calon termasuk membuat andaian peluang, tetapi PAS pusat bergantung kepada hasil laporan yang akan dibentangkan PAS Selangor,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS negeri kali ke-49, di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan UMNO supaya PAS meletakkan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon bertanding di DUN Seri Setia.

Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Kamaruzzaman Abdullah.

Difahamkan mesyuarat untuk membincangkan isu calon PRK itu akan berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, Gombak yang akan turut dihadiri Abdul Hadi.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu manakala kerusi DUN Balakong pula berikutan kematian penyandangnya, Eddie Ng Thien Chee yang terbabit dalam kemalangan jalan raya, 20 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Shaharuddin menang kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff M Haniff; Mohd Ghazali Daud (PAS) dan S Vigneswaran (Bebas).

Kerusi Dun Belakong pula dimenangi calon PKR, Tien Chee dengan majoriti 35,538 undi selepas menewaskan calon PAS, Mohamad Ibrahim Ghazali dan Lim Chin Wah (BN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Belakong dan Seri Setia dijalankan serentak pada 8 September depan manakala hari penamaan calon ditetapkan 18 Ogos ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: