Jumaat, 10 Ogos 2018

Lambat lagi nak tunggu Najib kena penjara

Perbicaraan kes Najib ditetapkan tahun depan

Perbicaraan kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditetapkan selama 33 hari bermula 12 Februari tahun depan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan.

Mahkamah menetapkan 12 sehingga 28 Februari tahun depan dan 4 sehingga 29 Mac tahun depan untuk perbicaraan.

Selain itu, mahkamah juga menetapkan 4 Oktober depan untuk pengurusan kes.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka akan memanggil 50 saksi bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan nanti.

Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi dengan diiringi dua anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman.

Najib yang memakai kemeja putih dan kot belang berwarna hitam kelihatan tenang memasuki kandang tertuduh.

Ketika prosiding di sebelah pagi, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib membangkitkan beberapa isu antaranya berhubung tindakan pasukan pendakwaan yang memberikan dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan dalam bentuk cakera padat (CD).

“Dokumen seharusnya diberikan dalam bentuk asal dan bukannya dalam bentuk CD.

“Pasukan pembelaan menghabiskan banyak masa di hadapan mesin pencetak untuk mencetak semua dokumen yang terkandung dalam CD. Ia membabitkan 3,500 muka surat dan kami tidak berpeluang untuk meneliti kesemuanya,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memaklumkan, tiada sebarang halangan untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen dalam bentuk CD.

“Malah, ia juga dilakukan dalam kes membabitkan Lim Guan Eng. Dokumen dalam bentuk asal akan dikemukakan pada perbicaraan yang akan dijadikan sebahagian bukti dan bukannya CD,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Najib yakin dia tak bersalah, masa menunggu perbicaraan yang lama akan meresahkan dan menekan diri nya.

Kalau Najib tahu dia memang bersalah, lagi lama menunggu lagi baik.

Samada ke penjara atau tidak, hidup Najib tidak tenang.