Sabtu, 11 Ogos 2018

Guru 52 tahun didakwa rogol gadis bawah umur di hotel

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan seks dengan gadis itu di sebuah hotel pada pukul 10 pagi 5 Ogos 2016.

SIBU: Seorang guru didakwa atas tuduhan merogol gadis berusia 15 tahun di sebuah hotel di sini dua tahun lalu.

Tetuduh, Mohd Azmi Zakaria, 52, yang berkhidmat di Jabatan Pendidikan Mukah mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa mahkamah membacakan kertas pertuduhan bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan seks dengan gadis itu di sebuah hotel pada pukul 10 pagi 5 Ogos 2016.

Hakim Caroline Bee Majanil membebaskan Mohd Azmi dengan jaminan RM4,000 dan dua penjamin serta memerintahkan tertuduh untuk melaporkan diri ke balas polis sekali sebulan.

Hakim tersebut turut menetapkan 12 September sebagai pengurusan kes.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: