Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, wang terbabit dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang disatukan.
“Jika wang itu dibelanjakan untuk tujuan yang tidak mematuhi peraturan atau ‘treasury instruction’ (arahan Perbendaharaan), itu baru namanya kecurian.
“Jika wang itu dibelanjakan untuk pelbagai projek melalui bajet atau cabang bajet, maka peruntukan tambahan perlu dikemukakan di Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
“Bagaimanapun, jangan menuduh untuk memberi persepsi semuanya kesalahan kerajaan lalu kerana kerajaan dulu juga didukung oleh pegawai Kementerian Kewangan,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.
Kelmarin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat, mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.
Guan Eng sekali lagi membangkitkannya di Dewan Rakyat semalam dan dilaporkan berkata, audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayaran balik GST.
Rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan daripada jumlah tunggakan itu, sebanyak RM9.2 bilion atau 47 peratus adalah bagi tahun ini; RM6.8 bilion (35 peratus) 2017; RM2.8 bilion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (tiga peratus) pada 2015.
Baki semasa dalam Tabung Bayaran Balik hanya RM1.49 bilion, sekali gus memperlihatkan kekurangan kira-kira RM18 bilion.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan