Ahad, 26 Ogos 2018

Hadi Awang 'memperlekeh' golongan belia undi PH

MARANG - Pas melabel kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan BN dalam PRU14 sebagai ‘kemenangan mentah’ kerana dibantu pengundi bukan Islam dan pengundi muda.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jumlah peratusan mengundi hampir 90 peratus dalam PRU14 dan Harapan mendapat 30 peratus undi daripada bukan Islam serta 30 peratus lagi daripada golongan muda.

Menurutnya, 60 peratus undian tersebut membolehkan mereka menang namun selepas beroleh kejayaan, Harapan menghadapi masalah untuk menunaikan janji mereka.

“Apa yang kita tahu, janji-janji mereka tak boleh dibuat, semata-mata janji untuk menang pilihan raya dan mereka tak jangka kemenangan ini.

“Kemenangan ini kemenangan mentah kerana kemenangan ini berdasarkan 30 peratus pengundi bukan Islam. Ada kira-kira 90 peratus pengundi dalam PRU14.

“Berdasarkan (faktor kemenangan Harapan) kepada pengundi muda , 30 peratus yang tidak tahu perkembangan negara, mereka juga mengundi. 30 (tambah) dengan 30 (peratus) jadi 60 (peratus) maka menanglah,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi percaya pergolakan bakal berlaku dalam Harapan terutamanya melibatkan parti komponen kerana perbezaan ideologi dalam kalangan mereka.

“Saya percaya pergolakan akan berlaku dalam Harapan kerana mereka dengan parti komponen berbeza ideologi, berbeza agenda, berbeza manifesto dan berbeza janji,” ujarnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

helo hadi u blh salahkn angin pkok beruk ungka cuaca dn segala bagai lg. yg penting rakyat tk benarkn org pemecah belah umat..taksub.. ego..kuat nipu..tonjol imej alim..dia saja yg betul.. suka melabel mengkafirkn org lain ... utk memerintah. dlm masa sama jilat perompak megatron.

rakyat meluat dh gelagat kamu memimpin pas. u adalah liabiliti dlm pas sama mcm najib ahmad malasan jamal jamban dll pelawak badut politik. ente faham tak? ana bukan guna bahasa english tau.

Tanpa Nama berkata...

nak komen pasal hadi ini pun dah meluas tahap maksimum.

Apa kata dalam parlimen usul kan umur pengundi di naik kan ke 25 tahun dan pengundi orang bukan Islam tak di kira.

Bila tang kahwin budak perempuan boleh... sedap punya pasal

PokAmid berkata...

Ada lagi ke yg nak percayakan kata-kata mamat presideng kluk-klek ni?

Yg best tu, bg walaun, kata-kata mamat presideng ni seolah-olah tiada cacat-cela dan mantiqnya terlalu tinggi utk dijangkau manusia biasa.

Bagi penganalisis politik, mamat presideng ni tadok idea baru yg kluo dri otak dan hati nurani dia....kecuali maki dan maki dan maki!!

Tanpa Nama berkata...

Pas sangat kuat dan perjuang agama Islam. Akar umbi sokong habis kepimpinan ulama. Ulama pulak sokong undi MCA. Habis cerita.

Tanpa Nama berkata...

Bangunkan tganu dulu. Tok sah cakap byk