Ahad, 26 Ogos 2018

Mat Sabu buat kejutan lagi

Pakatan Harapan (PH) akan mendedahkan bukti Pas menerima duit daripada Umno kepada rakyat pada April tahun depan.

Timbalan Presiden PH, Mohamad Sabu berkata, komponen parti itu memiliki bukti bahawa Pas semenangnya mendapat duit dari Umno.

"Pas dengan Umno telah 'cium mulut' antara satu sama lain. Kita ada bukti berkenaan dan ia bakal didedahkan tidak lama lagi. Tunggu perbicaraan di London pada bulan empat tahun hadapan," katanya dalam ucapan di hadapan 3,000 penyokong bersempena Jelajah Malaysia Baharu di Pejabat PH di Dataran Stargate, semalam.

Menurutnya, 'kemesraan' Pas-Umno ini boleh dilihat pada PRK Sungai Kandis di mana Pas tidak bertanding dan memberi sokongan kepada calon Umno.

"Untuk PRK Seri Setia, Umno tidak bertanding dan Pas pula bertanding. Bagi PRK Balakong, BN meletakkan calon MCA untuk menentang PH, Pas bagi sokongan juga kepada MCA," katanya.

Mohamad berkata, pihaknya percaya sokongan diberikan membuktikan dakwaan bahawa Pas sememangnya menjalinkan kerjasama dengan Umno.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Jika puak syiah yang menyampaikan berita memburuk-burukkan jemaah Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti PAS, tolaklah berita Syiah tersebut kerana puak Syiah mengamalkan Taqiya ( pembohongan)!

Tanpa Nama berkata...

Pas boleh pula sokong mca. Kan mca 100% sokong hudud kah kah kah