Ahad, 12 Ogos 2018

Dulu PAS malu-malu, sekarang semakin nyata

eArrr ntara sebab kenapa kerajaan BN tumbang semasa PRU 14 yang lalu adalah kerana skandal 1MDB, kecelaruan institusi penting negara, peningkatan kos sara hidup, GST dan sebagainya.

1MDB menjadi topik utama rakyat sebelum PRU 14. Ibarat kata orang, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Laporan DOJ, pendedahan demi pendedahan sehinggalah semuanya terbukti selepas Kementerian Kewangan era pemerintahan kerajaan PH mendedahkan kerajaan terpaksa menanggung hutang 1MDB sehingga tahun 2039.

Lebih mengejutkan lagi apabila Lim Guan Eng mendedahkan kerajaan telah membayar bagi pihak 1MDB hutang mereka. Kerajaan bermakna RAKYAT. Rakyat bermakna kita semua.

Dan lebih memeranjatkan lagi apabila PAS sudi bekerjasama dengan UMNO yang punca semua masalah. PAS tidak boleh kata itu semua punca Najib. Najib adalah nakhoda. Nakhoda ada pembantu kanan, kiri, belakang, depan dan anak kapal. Mereka semua dalam satu team yang dinamakan Barisan Nasional.

Dulu PAS berselindung di sebalik apa jua takrifan dan istilah untuk 'menghalalkan' kerjasama dengan mereka yang telah merosakkan ekonomi negara. Sekarang beberapa pemimpin PAS secara terang-terang mengajak pengundi membantu UMNO di Sungai Kandis.

Kini giliran PAS meminta bantuan UMNO untuk PRK Seri Setia. Walaupun nak kata 'mantik' ke, 'plastik' ke, tapi cuba baca petikan di bawah ini:

Pas menjangkakan Umno akan membantu calon parti Islam itu untuk memenangi PRK Dun Seri Setia yang dijadualkan pada bulan depan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keyakinan itu dizahirkan apabila Umno tidak menempatkan calon mereka bagi  merebut kerusi yang ditinggalkan bekas Adun PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

“Kita tengok muka dia (Umno) macam nak tolong.

“Kita harap mungkin apabila mereka tak turunkan calon, pengundi Umno akan mengundi... tolong Pas,” katanya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim yang dilantik sebagai Pengarah PRK Dun Seri Setia mengumumkan buat masa ini, Pas telah menyenarai pendek tiga nama calon yang akan dimuktamadkan 15 Ogos nanti.

“Ada yang pernah bertanding pilihan raya umum lepas dan  ada calon baharu,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sementara itu, ketika ditanya kesudian Pas untuk membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun membantu dalam siri kempen di PRK Dun Seri Setia, Tuan Ibrahim hanya berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan semua pihak.

“Dalam Pas kita ada beberapa perkara yang boleh dan tidak  boleh. Bahkan petugas Pas sedang memahami situasi pengundi dan sensitiviti masyarakat setempat, itu perlu ambil kira,” ujarnya.

Bagi perkembangan PRK Dun Balakong pula, beliau yakin pengundi Pas di situ akan memberi undi.

“Balakong, BN tak letak calon, MCA guna logo sendiri. Ini percubaan mereka untuk keluar daripada logo BN.

“Bila Pas tak letak calon, mungkin ahli Pas yang akan beri undi,” jelasnya.
http://www.sinarharian.com.my/politik/tengok-muka-umno-macam-nak-tolong-pas-1.867343


Memang betul, UMNO sudah jadi pembangkang. Namun kesilapan-kesilapan mereka masih dalam proses pembetulan oleh pihak Pakatan Harapan.

Cumanya kita nak tanya, apakah 'kerjasama' tersebut HALAL bagi PAS?

Kita amat yakin, seperti kata Sultan Perak, isu perkauman dan lapuk ditolak pengundi, dan kali ini jika PAS masih bersama UMNO dengan teori lama. Mereka akan gulung tikar lagi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: