Rabu, 11 Julai 2018

PRK Sungai Kandis, PAS nak undi PH atau UMNO?

Hari ini UMNO mengumumkan untuk bertanding dalam PRK Sungai Kandis. Peliknya mereka akan menggunakan logo sendiri tanpa lagi 'berpelukan' dengan rakan sekutu dalam Barisan Nasional. Nampak gayanya macam Barisan Nasional akan masuk muzium tak lama lagi.

Mungkin ini satu strategi awal untuk gabungan lebih besar dengan satu lagi parti 'mesra' UMNO pada PRU 14 yang lalu. Siapa tahu, dengan isu perkauman, isu bahasa melayu, mungkin satu parti 'solid' melayu akan dipraktikan tidak lama lagi.

Sebelum itu pemerhati politik terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh parti PAS yang menyatakan tidak akan meletakkan calon di Sungai Kandis sekiranya UMNO masuk bertanding. Sekarang UMNO dah masuk bertanding, kemungkinan besar PAS tidak bertanding tetap tinggi.


PAS hanya akan meletakkan calon dari parti itu sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei (PKR) pada 2 Julai lepas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pencapaian PAS di DUN Sungai Kandis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) hanya sederhana sahaja dengan mendapat 7,573 undi.

"Jadi apa yang kita harapkan, kalaulah parti pembangkang yang lain umpamanya Barisan Nasional tidak berhasrat hendak bertanding dan menjadikan pertandingan itu satu lawan satu, kemungkinan besar PAS akan meletakkan calon.

"Tapi keputusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat tadi, sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, kemungkinan (meletakkan calon) akan dipertimbangkan.

Kita kaji balik lah kerana kita tak mahu perpecahan banyak undi dan akan mengulangi semula keputusan pada PRU 14 yang lepas," katanya.
http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-sungai-kandis-pas-hanya-letak-calon-jika-pertandingan-satu-lawan-satu-dengan-ph-179939


Penulis kadang-kadang terfikir, apa sebenarnya yang PAS mahu. Dulu masa PRU 14, bukan main lagi, tiga penjuru pun tak apa. Mungkin sekarang sudah insaf kerana hanya dapat 18 kerusi parlimen sahaja. Banyak jugak wang deposit yang hilang. Kita akan terus memerhati, apa pendirian PAS. Flip flop?

Lagi satu nak tanya, kalau PAS tak bertanding bagaimana pendirian PAS untuk memilih wakil rakyat di situ? PH atau UMNO? Hehehehehe....

Tak mengundi ..? Apa pulak hukum tak mengundi ..?

Kalau PRU 14, macam-macam fatwa kita dengar. Sekarang apa cerita ..?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Mudah mudahan parti mesra harbi ph kecundang hendaknya insyaAllah