Jumaat, 13 Julai 2018

Di mana 'singa2' dalam Pakatan Harapan

Pakatan Harapan setelah mengambil alih kerajaan menghadapi serangan bertubi-tubi dari luar dan dalam. Pihak pembangkang (UMNO dan PAS) kini dilihat begitu rancak memainkan isu perkauman dan Islam. Isu 1MDB dan Najib cuba 'dilupakan' oleh pembangkang kerana mereka mungkin ianya tidak penting.

Mereka tidak harus dipersalahkan di atas dua sebab. Sebab pertama adalah status mereka adalah pembangkang. Memang kerja pembangkang mencari kelemahan - kelemahan kerajaan PH untuk mengurangkan keyakinan dan pengaruh PH untuk PRU akan datang. PH semasa menjadi pembangkang juga bertindak seperti situasi sekarang.

Sebab kedua pula dapat dilihat dari polisi PH sekarang yang memberi ruang untuk dihentam. Memang keputusan yang dibuat kadang-kadang melalui lorong yang sukar. Perlantikan peguam negara, isu bahasa melayu, hakim dan lain-lain memberi ruang yang luas untuk PH dihentam. Cumanya kenapa ada parti politik tertentu dalam PH terlalu 'galak' untuk menuntut perkara yang sensitif. PH harus sedar, untuk meruntuhkan tembok perkauman melayu bukan kerja 100 hari. Bukan kerja mudah. Malah jangan sesekali menjolok sarang tebuan.

Kelemahan yang ketara kini adalah 'fight back' yang sangat lemah dari pakatan harapan. Siri penjelasan dan memberi fakta yang cukup tidak sampai kepada rakyat bawahan. Di mana pejuang dan reformis? Masih enak dibuai bulan madu?

Jangan harapkan Menteri dan Timbalan Menteri. Mereka ada tugas lebih esar untuk ditunaikan. Mereka harus memikirkan bagaimana mencorak kembali Malaysia seupaya kembali 'on the track'.

Cumanya di mana pembela yang diharapkan. Suara pemuda dan wanita dari semua parti politik dalam Pakatan Harapan kita lihat tidak 'menagaum'. Sepatutnya reformis dan pembela tampil dulu mempertahankan kerajaan PH dengan hujah dan fakta.

Kerajaan sekarang boleh juga menganjurkan debat bagi sesuatu isu. Contohnya isu perlantikan peguam negara. Boleh je panggil PAS dan UMNO untuk berdebat dari aspek perlembagaan dan undang-undang. Kenapa harus biar media sosial menjadi 'hakim' kepada rakyat?

Menconteng Untuk Perubahan™

Saya terbaca dalam akhbar, seorang pemimpin PH seolah-olah menyalahkan media sosial kerana melaporkan perkara tidak benar. Errr .. come on. PH menang dulu pun kerana bantuan media sosial. Sepatutnya jangan salahkan media sosial, buat forum, debat, berdialog dengan parti lawan supaya rakyat dapat menilai sesuatu isu.

PH kena buat sesuatu supaya tidak timbul rasa menyesal pada pengundi pakatan harapan.

Menconteng Untuk Perubahan™ | 13.7.2018

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Jangan takut, SINGA PH banyak...tunggu masa ajer untuk keluar terkam. Buat masa ini, SINGA PH percaya tiada keperluan lagi yg mendesak untuk singa2 ini keluar,. Bersabarlah...

Asrul Sani berkata...

Apa perlunya membuang masa melayan kritik-kritik separuh tiang berunsur perkauman dari pembangkang pro-PAS dan saki baki UMNO. PRU15 lagi 5 tahun. Biarlah mereka kepenatan. Jika PH mampu membawa perubahan, dalam tempoh setahun dua lagi PAS dan UMNO akan menjadi tidak bermaya dan melukut di tepi gantang.

Tanpa Nama berkata...

Knp pula pas dan umno tak setuju lantikan datuk ariff sbg speaker. Dia bekas hakim, takkan tak berlaku adil. Sdgkan pandikar pun boleh terima. Datuk ariff tak cukup melayu lg ka?