Ahad, 3 Jun 2018

PAS pun tak dapat tunai janji 100 hari

Kepada pengundi tegar Pakatan Harapan.

Apakah kalian bimbang kalau janji 100 hari tidak dapat ditunaikan?

Bagi pengundi atas pagar dan goyah pendiriannya, apakah kalian menyesal mengundi Pakatan Harapan?

Jawab dengan jiwa bebas dan jujur.

100 hari. Bukan satu angka yang banyak. Lebih kecil daripada 1 trillion. 1000 billion ringgit.

Asasnya tumbangkan dulu rejim pemerintah yang menghancurkan negara. Selesai dulu kerosakan yang dilakukan oleh rejim terdahulu. Tumbangnya Najib dengan UMNO sudah cukup mengembirakan. Itu hadiah lebih besar daripada pemansuhan tol. Itu lebih besar dari janji 100 hari.

Tapi kenyataan di atas, jangan sesekali kamu tujukan kepada penyokong PAS mahupun UMNO. Mereka adalah pembangkang. Pembangkang akan sedaya upaya mencari kelemahan - kelemahan yang ada pada lawannya. Itu biasa. Kita pun tidak salahkan mereka, kerana satu hari dulu kita pun dalam situasi yang sama.

100 hari kian hampir,

Tun Mahathir mengaku amat sukar untuk menunaikan dalam tempoh 100 hari. Kerana apa, kerana ...

kerosakkan yang dilakukan oleh Najib dan UMNO sangat besar. Tidak terjangkau oleh pemikiran kita sebelum ini. Selepas jatuhnya rejim terdahulu, baru satu persatu dibongkar.

Mungkin pemimpin PAS sendiri pun tidak menjangka. Mereka sendiri pun akan pening kepala untuk menguruskan negara. Sehingga dalam nada berseloroh, Nik Amar kata, biar Pakatan Harapan bayar dulu hutang, kemudian baru PAS akan ambil alih.

Dari satu sudut. Kita kena faham bahawa, PAS sendiri mengakui bahawa hutang tersebut memang banyak. Malapetaka itu memang besar. Saya sendiri yakin, PAS pun tidak akan mampu menunaikan janji mereka jika memerintah negara dalam situasi sebegini.

Mana mungkin dapat ditunaikan semua janji dalam tempoh 100 hari kalau 1 trillion menggunung di hadapan kita.

Tun Mahathir dan seluruh pemimpin PH berjiwa besar dengan mengaku kesukaran itu. Akan berusaha dalam kepayahan dan kesukaran.

Bagi pengundi PH. Yang berjiwa besar, pertahankan susah payah yang kita bina ini. Kita bantu dan usaha bersama untuk membina Malaysia Baru.

~ Menconteng Untuk Perubahan™
2/6/2018 6.00PM

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

PH brd dlm landasan yang baik sbnrnya. sabar blm 100 hari lg kn

Tanpa Nama berkata...

Memang manifesto PH janji macam itu. Tujuan nya untuk menekan BN supaya BN menawarkan manifesto yang lebih baik dari manifesto PH.

Tetapi BN Najib membuat tawaran yang palsu yang lebih dari itu dengan memberi segala macam pada rakyat iaitu menaikkan BR1M dan termasuk projek yang bernilai berbillion sebelum pilihanraya.

Dengan kiraan kasar, jumlah tersebut menunjukkan negara masih ada wang dan pemimpin PH percaya semua kos projek BN Najib mampu mempercepatkan janji PH.

Puak BN dan PAS menuduh PH menipu. Sedangkan BN Najib telah menipu rakyat sebelum pru. Kalau PH menipu, mereka menipu selepas pru setelah mengetahui keadaan hutang dan wang negara tak ada.

PAS pun menipu sebelum pru sebab itu nasib PAS sama dengan nasib BN dan UMNO. Sekarang baru PAS minta ambil tindakan ke atas 1MDB ... itu tipu lah ..

Najib telah berulang kali mengatakan janji PH umpama mimpi. Pemimpin BN mendakwa PH tak kan mampu memenuhi manifesto. Tapi rakyat tetap pilih PH. Jadi mana yang kata PH menipu ?



mahligaiseni berkata...

Bagi saya, PH sudah dianggap sangat cemerlang kalau mereka dapat MEMULAKAN USAHA MEMENUHI JANJI/MANIFESTO PRU 14 DALAM TEMPOH 100 HARI. Berjaya atau tidak usaha itu, bukan perkiraan saya. Yang penting mereka memulakan usaha itu dalam tempoh 100 hari dan meneruskannya ke arah kejayaan. Kita perlu berusaha, dan ketentuannya atau hasilnya terserah kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberkati usaha PH. Inilah sahaja yang dapat saya lakulan sebagai seorang rakyat yang berjiwa besar.

Tanpa Nama berkata...

100% SETUJU.

Tanpa Nama berkata...

Pas 100 hari janji apa? Dapat kerusi untuk duduk sambil tunggu komisyen balak? HAHAHA.