Ahad, 3 Jun 2018

Minta tolong PAS namakan Peguam Negara

Hello Pakatan Harapan. Apa cerita ni?

Kalau tak pandai nak mencari nama Peguam Negara, elok rasanya serahkan kepada PAS untuk emmberi cadangan. Mungkin PAS ada nama yang lebih baik dan lebih bersih.

"Saya sokong lantikan AG tanpa mengira siapa mereka asalkan yang berintegriti tinggi, yang meletakkan tanda aras adil dan integritinya adalah iman kepada
Allah dan balasan hari akhirat. Titik," kata anggota parlimen Pengkalan Chepa (PAS), Ahmad Marzuk Shaary.

manakala;

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pemilihan Peguam Negara dalam kalangan orang Islam juga penting melihat kepada tugas utamanya sebagai penasihat undang-undang utama kepada kerajaan.

“Maka Peguam Negara yang dicadang oleh kerajaan untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mestilah mampu untuk memelihara agama Islam bagi pihak Seri Paduka.
“Agak janggal sekiranya jawatan itu dilantik daripada kalangan bukan Islam atau mana-mana individu yang tidak mampu untuk menggalas tugas tersebut dengan
berkesan,”


KUALA LUMPUR - Teka-teki siapakah yang layak memegang jawatan Peguam Negara masih belum terjawab dan terus menimbulkan persoalan banyak pihak.

Reaksi pihak istana dan keputusan Raja-Raja Melayu dilihat seperti ada ‘ketegangan’ dalam menentukan individu yang sesuai menjawat jawatan tersebut.

Jawatan yang dianggap ‘panas’ dalam kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan   

Memetik laporan portal The Malaysian Insight, surat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menulis kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memohon perkenan agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas masih belum mendapat maklum balas dari pihak istana.

Menurut laporanan itu, ia sekali gus menimbulkan persoalan adanya ketegangan yang berlaku antara kerajaan dan pihak istana.

"Empat parti gabungan dalam Pakatan Harapan merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baharu ini serius hendak membetulkan institusi negara yang telah tercalar.

"Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Namun surat perdana menteri kepada pihak istana itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana," lapor portal itu.

Malah, pihak istana meminta kerajaan menggugurkan nama Thomas yang juga bekas Presiden Majlis Peguam dan beberapa nama lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim mahkamah rayuan.

"Difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

Menurutnya, jawatan utama itu mesti disandang orang Melayu.

“Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri,” katanya.

Pada 12 Mei lalu, Dr Mahathir berkata, buat masa ini Malaysia tiada peguam negara yang layak untuk berkhidmat bagi kerajaan Harapan.

Beliau mendakwa, peguam negara terdahulu terlibat menyembunyikan bukti salah laku dalam skandal 1MDB.

Mohamed Apandi mula dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 27 Julai 2015 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang menamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan.

Beliau merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan pernah berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) di Terengganu dan Kelantan pada tahun 1977 hingga 1990.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Tanpa Nama berkata...

hairan, kenapa cari penyakit. dah tak ada orang lain ke. kalau nak tengok PH hancur buat cadangan bodoh macam ni. DAP kalau rasa nak duduk lama dalam pemerintahan. buat biasa sudah.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg kamu cadangkan?

Tanpa Nama berkata...

Dengan cara dan sistem yang tersusun yang perlu di patuhi rasanya sesiapa pun jadi AG tak ada masalah. Lain lah ketika Najib dulu, di mana ramai yang di ugut dan di paksa tunduk kepada nya.

Mungkin Thomas berpengalaman dan pakar tetapi alasan apa guna sekiranya AG nya melayu tetapi perasuah dan subahat.

Kenyataan tersebut menyatakan se olah-olah Kerajaan hari ini masih seperti Kerajaan BN yang masuk campur hal dan tugas AG.

Ada cara untuk menghadapi hal ini secara sulit ...

Tanpa Nama berkata...

Lebai Takiyuddin Hassan. HAHAHA.

bunbinban berkata...

laaaa...DAP jugak salah. Kahkahkah

Mohd.Tahir berkata...

Biarlah PH yg tentukan. Yang lain tu diam je. Jgn menyibuk .

Tanpa Nama berkata...

Nak islam mcm apandi? Melayu islam tak semesti ada integriti

nick berkata...

Apendi Ali tu bukan ke melayu islam ke? Peguam negara melayu, islam tapi kalau bersubahat dalam salah guna kuasa, mempertahankan jenayah dan memperkudakan undang2 utk kepentingan diri, apa nilainya melayu islam tu? Lebih baik diletakkan seseorang yang mendapat keyakinan tinggi oleh PH sebagai peguam negara. Hanya pihak2 yang nak membuat adu domba dan mengapi2kan permusuhan kaum aje yang menjadikan perlantikan peguam negara bukan islam sebagai isu. Dulu sibuk canangkan kononnya PM mesti melayu sbb itu jawatan tertinggi negara. Bila TUN M dah jadi PM isu tu jadi najis yang terpalit ke muka penuduh2.

Sekarang pula jawatan peguam negara juga seolah2 diwajibkan kpd melayu islam, ianya bukan jawatan yang berkaitan dgn perlaksanaan undang2 islam, hanya peguam tertinggi dan pegawai penguatkuasa kpd undang2 tertinggi yang menjawab kpd PM shj. Peguam negara menjawab kpd PM dan Parlimen. Adakah itu tidak cukup sehingga perlukan seorang melayu dan islam. Peguam terdahulu adalah melayu dan islam dan lihat apa akibat buruk yang telah diterima oleh negara. Keputusan sebenarnya ditanagn PM. Jika PM mahukan peguam negara dari kalangan bukan islam dan ia dalam bidang kuasa PM melantik, siapa boleh menolak? YDP Agong dan Raja2? Tidak sekali2! Perlis telah memberikan contoh bagaimana kedudukan Raja ditempatkan didalam perlembagaan.

Nick.
Cape Tiger.