Dalam satu kenyataan malam ini Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS menerima pelantikan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong itu dengan hati terbuka serta berlapang dada berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
PAS juga kata Takiyuddin mengucapkan tahniah kepada Thomas sambil berharap beliau akan sentiasa bertindak secara berperlembagaan serta memelihara kedaulatan undang-undang.
Tidak ketinggalan katanya Thomas mesti bertindak secara saksama dan adil (impartial) dengan mengambil kira segala aspek sejarah dan niat pembuat sesuatu undang-undang (intention of the legislation) semasa melaksanakan tanggungjawabnya.
"Terutama berkaitan dengan undang-undang yang melibatkan orang Islam serta institusi yang berkaitan dengannya," kata Takiyuddin.
Untuk seketika pelbagai reaksi muncul daripada orang ramai, termasuk di kalangan pemimpin PAS yang berasa kurang senang dengan langkah kerajaan Pakatan Harapan menamakan Thomas sebagai calon tunggal untuk jawatan AG.
Keadaan menjadi lebih 'panas' apabila ada laporan mendakwa Agong tidak memberikan perkenannya terhadap cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
AG dan pengerusi surau
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan malah memberikan analogi menarik mengenai mengapa beliau tidak bersetuju Thomas dilantik menjadi AG.
Kata bekas anggota parlimen Temerloh berkenaan, dimisalkan beliau mempunyai seorang jiran bukan beragama Islam yang sangat baik dan mesra, ia masih tidak membolehkan individu terbabit menjadi pengerusi surau.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
4 respon:
Thomas pakar perlembagaan dan undang-undang ....
PAS pun pakar .... ????
Maka oleh kerana Ketua Penerangan PAS guna analogi Pengerusi Surau maka kini boleh lah Pengerusi Surau di perumahan beliau melantik jiran dia yang baik tu.
Ada se orang Peguam bukan Islam mencadangkan Harun Idris sebagai Peguam Negara.
Sepatut nya mereka yang membantah cadangkan lah juga nama yang layak bukan nya setakat membantah.
Rasanya PAS kurang arif peguam mana yang hebat-hebat dan berpengalaman.
Nasruddin ni tak faham bahawa hal ehwal Islam bukan berada di bawah bidang kuasa Peguam Negara. Inilah masalahnnya pemimpin PAS, nak bercakap macam orang bijak tetapi hampas.
18 pasu bunga dulu berkecuali. Sekarang kerja kuat main isu agama dan kaum. Rakyat Malaysia sudah bersatu tolak perkauman dan permainkan isu agama. Parti Pas hanya mahu pecah belah kita sama seperti Umno!
Catat Ulasan