Rabu, 6 Jun 2018

Mohd Amar (PAS) kata SPRM tak perlulah nak siasat

1. Aku tak tahu Mohd Amar ni bijak atau buat-buat bijak.

2. Kalau dah ada orang lapor, SPRM kena buat siasatan. Pasal apa kau nak larang SPRM tak payah siasat. SPRM tu parti suci kau punya ke.

3. Kenapa tak nak bagi siasat. Macam ada benda je nak sembunyi.

4. Aku harap Malaysia Kini tak salah tulis berita tentang Mohd Amar ni. Kalau betul sah malang sungguh rakyat Kelantan ada orang macam ni.

5. Mohd Amar mengaku ada salah pengurusan. Salah tulis nombor ke salah lapor ke. Kena la siasat. Nasib baik tak menang perintah Malaysia.


Kelantan berpendapat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat dakwaan ketirisan dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

"Kita sendiri ada melakukan audit dan Jabatan Audit Negara juga akan membuat perkara sama bagi mengenal pasti sebarang kelemahan atau sebaliknya, sebelum hasil laporan dikeluarkan.

"Justeru, kita akan mengambil tindakan susulan hasil laporan yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara, tidak perlulah SPRM nak siasat," katanya kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan, Asran Alias, yang meminta SPRM membuat siasatan secara telus terhadap AKSB kerana didakwa berlaku ketirisan.

Katanya, walaupun sudah ratusan juta dana sudah diberikan kepada BN sebelum ini, namun masalah air tetap berlaku dan menjadi masalah besar kepada penduduk Kelantan.

Sementara itu tambah Mohd Amar, beliau beranggapan apa yang berlaku melibatkan masalah pengurusan.

Sebaliknya tegas beliau, tiada aktiviti salah laku rasuah seperti yang didakwa.

"Saya merasakan apa yang berlaku membabitkan masalah pengurusan bukannya aktiviti salah laku rasuah sebagaimana yang didakwa," katanya.

Pemuda Parti Amanah negara (AMANAH) Kelantan pada 28 Mei lalu telah membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan dalam syarikat itu.

AKSB membawa isu itu ke mahkamah.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

PAS memerintah SPRM akan di bubarkan.

Semua kerja siasatan di jalankan oleh Auditer sahaja.

Kalau SPRM pun minta jangan siasat, agak-agak sejauh mana Auditer yang berbayar mampu menyiasat dan mendedahkan hasil audit yang di jalankan.

Kuasa SPRM bukan sahaja siasat syarikat tersebut malah SPRM boleh siasat ke atas Auditer sekali.


Lebih baik cakap, kami takut pada Allah macam Apandi ...

Tanpa Nama berkata...


Sekira nya PH yang menang di sana .. nasib pemimpin PAS dah tentu sama dengan nasib Najib.

Tapi apa dia orang buat dengan duit yang konon nya berjuta tu?

Najib simpan di kediaman nya dan Rosmah beli beg dan barang emas...

Apapun sepatutnya SPRM sudah pun serbu rumah pemimpin PAS Kelantan.

Tunggu apa lagi ?

Tanpa Nama berkata...

Nik amar belajar drp apandi. Cepat2 isytihar tak ada salahlaku jd tak perlu siasat. Tak ada kes. Kan pas sifar rasuah, jadi takut apa? Biar sprm siasat. Baru kita sahkan sama ada pas benar2 sifar rasuah. Belum balak lagi....

Tanpa Nama berkata...

Awal-awal lagi dah tutup siasatan? Patutlah Pas sifar rasuah! HAHAHA.