Isnin, 4 Jun 2018

Isteri PM beri 'amaran' apa yang berlaku esok

Isteri kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berkata esok mungkin hari yang "genting".

"Esok akan menjadi hari yang sangat genting," katanya berulang kali semasa temu bual dengan Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

"Tetapi sekarang, setiap hari adalah hari penting," tambahnya kemudian.

Namun, beliau tidak menyebut mengapa esok akan menjadi hari genting.

Terdapat beberapa peristiwa penting yang dijadualkan esok seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Antaranya, Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan pelantikan peguam negara.

Adalah dilaporkan terdapat bantahan daripada istana berhubung cadangan pelantikan peguam veteran Tommy Thomas.

Turut berlangsung esok ialah SPRM akan menyoal-siasat isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor mengenai siasatan berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.

Ini kali pertama Rosmah akan disoal-siasat oleh SPRM. Sebelum ini, Najib juga telah dipanggil bagi merakamkan kenyataannya pada 2015 dan baru-baru ini pada 22 dan 24 Mei tahun ini, beliau sekali lagi dipanggil untuk disoal lanjut.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata senarai kabinet penuh dijadual diumumkan pada minggu ini walaupun beliau tidak pasti mengenai tarikhnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: