Isnin, 4 Jun 2018

Mana suara Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam isu Tommy Thomas

Tommy Thomas meresahkan penyokong melayu Pakatan Harapan

Cadangan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara oleh Pakatan Harapan atau lebih tepat lagi Tun Mahathir dengan para penasihatnya telah membuatkan ramai nitizen terutama penyokong PH semakin resah gelisah.

Aku termenung sekejap di atas sejadah. memohon doa agar segala bala tidak melanda Malaysia. Terkedu aku dengan berita panas beberapa hari ini.

Tommy Thomas, mengapa dia?

Pertama aku kena jawab dengan rakan-rakan yang tidak mengundi PH, lebih tepat lagi dari ahli PAS. Mereka bukan PAS berkaler hijau pekat, tetapi mereka mendokong perjuangan Islam.

Sebelum PRU 14 dan beberapa hari selepas PRU 14. Kami bertegang leher mempertahankan pendapat masing-masing. Malah ada rakan sekopi sudah 'tawar' untuk keluar minum bersama. Gara-gara fahaman berbeza.

"ko tunggu bila PH menang, negara akan tukar jadi liberal. Islam akan diketepikan"

"Keputusan akan dibuat mengikut majoriti .. mungkin telunjuk pihak tertentu (bukan Islam)"

Aku berkeras menafikan pendapat tersebut, kerana aku yakin dan percaya, ahli parlimen Islam dalam PH tidak akan sesekali membelakangi perlembagaan. Apakah pendapat aku salah sekarang?

Apakah perlantikan Tommy Thomas menyalahi perlembagaan?

Apabila aku membelek sana-sini dalam internet, banyak pendapat aku jumpa. Antaranya kata tidak menyalahi perlembagaan, ada juga yang mengatakan menyalahi perlembagaan kerana DYMM Agong perlu seorang Peguam Negara yang boleh mansihati beliau dalam hal - ehwal agama Islam. Macam mana Tommy Thomas boleh berbuat demikian kepada Agong? Betulkah dakwaan ini?

Aku tahu ini adalah hak kepimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk negara.

Aku juga berharap Tun Mahathir dan Majlis Presiden dapat bertindak mengikut naluri rakyat yang berbansa melayu dan Islam. Apabila Majlis Raja-Raja sendiri 'kurang senang' dengan nama tersebut, maka kami yang rakyat bawahan juga tidak bersetuju.

Di mana Presiden AMANAH, Presiden PKR, Muhyiddin, Azmin Ali dan beberapa lagi orang kuat dalam PH? Sunyi sepi? Jangan bilang mereka sudah buat keputusan sama.

Jangan buat pengundi melayu Islam 'kurang senang' dengan tindakan kalian.

Biarlah kami kecapi dulu nikmat kejayaan ini untuk lima tahun.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Rasanya suara Tun adalah kata dari majlis Presiden.Solicitor general boleh nasihat agong utk hal2 berkaitan perundangan Islam..