Ahad, 10 Jun 2018

Allah balas 'cash' kepada penyokong PAS

Apa nak dikata, baru je semalam saya berbicara mengenai artikel panas apabila PH tidak menepati janji

Dalam artikel tersebut saya berkongsi pengalaman bagaimana PH diserang oleh pengundi PAS tentang janji manifesto.

Tak sampai 24 jam, Allah balas cash. Haji Hadi sendiri mengaku manifesto PAS di Terengganu dan Kelantan memerlukan masa.

Artikel seperti berikut:


Rakyat di negeri Kelantan dan Terengganu diminta bersabar berhubung janji-janji manifesto pilihan raya umum (PRU) ke 14 seperti yang dijanjikan PAS sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana ada manifesto yang perlu disegerakan dan ada pula yang memerlukan tempoh untuk melaksanakannya.

"(Pelaksanaan manifesto PAS) rakyat kena sabar, ada yang perlu disegerakan dan ada yang tunggu masa," katanya kepada pemberita di kediamannya selepas kuliah dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

Terdahulu Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang diminta mengulas berhubung pelaksanaan manifesto parti Islam itu.

PAS Terengganu melalui manifestonya sebelum ini menawarkan air percuma, lot rumah kediaman untuk setiap isi rumah, wad kelas tiga percuma dan 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu jika kembali menawan Terengganu.

Janji PAS di Kelantan

Manakala di Kelantan, PAS menawarkan 14 teras utama dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kepada rakyat negeri itu sejajar dengan slogan mereka “Kelantan sejahtera bersama Islam”.

Antaranya mendaulatkan Islam, meneruskan kecemerlangan pendidikan, menyuburkan ekonomi dan memperkasakan pembinaan rumah rakyat.

Selain itu, PAS juga menyenaraikan hasrat melestarikan alam sekitar, mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, meningkatkan kemudahan asas, pembinaan Kelantan sejahtera, memperkasakan sektor pelancongan Islam dan pertanian.

Sementara itu mengulas pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, Abdul Hadi berkata setakat hari ini kerjasama antara jentera kerajaan dengan kerajaan adalah baik.

"Jentera kerajaan, eksekutif mesti menerima hakikat kerajaan yang memerintah walaupun mereka parti lain itu hak masing-masing tetapi urusan kerajaan harus kepada kerajaan yang sedia ada.

"Kita juga mendoakan kerajaan negeri bawah pimpinan menteri besar dan kita akan sama-sama dalam kepimpinan menteri besar. Kita tak akan biarkan menteri besar sendiri termasuk di Kelantan,” katanya.

Pada PRU14 9 Mei lalu, PAS berjaya mempertahankan pentadbiran negeri Kelantan di samping merampas negeri Terengganu daripada BN.
https://m.malaysiakini.com/news/428910



pelik kan. Kita yelah pakatan harapan. liberal, munafik, pengkhianat perjuangan dan sebagainya. Mana nak sama dengan penyokong PAS.

MANIFESTO PAS MINTA RAKYAT SABAR... MANIFESTO PAKATAN HARAPAN KALAU BOLEH NAK SURUH BUAT HARI NI JUGAK... DISURUHNYA SEGERAKAN SEMUA JANJI

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

21 respon:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa tok lebai kat atas tk tau perangai buruk penyokong dia. kalau tau pun buat tak tau.

Tanpa Nama berkata...

Kompom ke penyokong PAS...
*#tanyeje*
*#jgnkecam*

PBO™ berkata...

kekeke. nak mengelak lagi. aku tulis tu berdasarkan pengalaman aku semalam. aku tau la kawan2 aku. ko nak defend lagi ke. hahaha. memalukan.

aku jawab yang ni;

 Tanpa Nama berkata...

Kompom ke penyokong PAS...
*#tanyeje*
*#jgnkecam*

Tanpa Nama berkata...


Bagi lah air percuma.
Wad Kelas ke 3 percuma.

Exco yang punya portfolio tak buat mesyuarat lagi ke? Kelantan dengan Terengganu dua-dua tak ada kena mengena dengan 1MDB.

Apa-apa pun bagi tahu lah kedudukan kewangan negeri.

Atau sebenarnya tak tahu macamana nak buat..

I berkata...

Bro pbo...jangan layan sangat puak parti suci ni. Pada mereka kita ni golongan munafik haraki belaka. Biarlah dorang terjun dengan labu-labunya...

nick berkata...

Bayar "cash" kpd penyokong PAS? OF COURSE! Pada 9 hb Mei, Allah dah bayar kat penyokong PAS especially kpd PAS Selangor yang begitu celupar mendoakan laknat dan keburukan kpd rakyat dan negeri Selangor. Allah bukan shj tak makbulkan doa2 mereka yang dipimpin oleh their so called ulamak ttp Allah terbalikkan doa mereka dgn menjadikan PH kjaan pusat dan PH kekal kjaan Selangor malah Amanah, parti musuh no 1 PAS sbg parti komponen dalam kjaan pusat serta Mat Sabu musuh no 1 Hj Hadi dah jadi menteri! Subhanallah!
Bayaran "CASH"!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak penyokong PAS, siapa? UMNO?

UMNO dah lesu. Penyokong UMNO masih terduduk lagi..

Tanpa Nama berkata...


Walaupun Kerajaan PH mengaku sukar untuk memenuhi janji manifesto, Tabung Harapan Negara mencecah lebih dari 30 juta.

Adakah itu tanda pengundi yang menyokong PH kecewa atau terasa di tipu..

PAS sepatutnya tubuhkan juga Tabung untuk membantu Kerajaan PAS menyelesaikan masalah kewangan yang di tinggalkan oleh Kerajaan sebelum ini termasuk di Kelantan.

Tak kan Kerajaan Kelantan tak boleh mengurangkan kos sara hidup yang membebankan peninggalan Kerajaan sebelum ini?

mahligaiseni berkata...

PENYOKONG PAS BERMULUT PUAKA KERANA MENCONTOHI KEPUAKAAN MULUT PEMIMPINNYA. KEPIMPINAN ULAMA, KONON. ULAMA APA? MENIPU? DULU SAYA MEMANG SIMPATI KEPADA PAS TETAPI SEKARANG TIDAK LAGI SETELAH BANYAK SANGAT KEPUAKAAN TERSERLAH. JOM KITA BERUSAHA MENUMBANGKAN PAS DI KELANTAN DAN TERENGGANU PADA PRU 15. KITA BEKERJA MULAI SEKARANG. KITA AJAR PAS CUKUP-CUKUP.

Tanpa Nama berkata...

toksah layan laa para walaun PAS. Tu je cara terbaik. Pepuak ni sebab dah taksub sangat dah takleh beze hitam ke putih, gelap ke cerah... Layan pepuak tu macam layan orang bodoh sombong. Buang masa

Tanpa Nama berkata...

pas is past.pas rasa penyokong rasa teramat gerammmm dan jealous bila tengok menteri2 amanah hebat2 belaka.

populariti menteri pertahanan cukup hebat di kaca-mata rakyat.
menteri kesihatan menunjukan taringnya hebat komunikasinya bersama doktor2,nurse pesakit2.
menteri pertanian dan asas tani dgn program makanan negara kurangkan makanan import..

di selangor pas ada 8dun ,2exco dan ahli majlis di semua jajahan
di malaca ada ketua menteri...
di johor,perak ,n9 dan kedah ada exco..

ada publicity media perdana!
bayangkan dlm masa 5 tahun lagi,jika mereka2 ini dpt merialisasikan harapan rakyat,parti yg dianggap oleh pas,cuma hidup tak sampai 2 thn,insyallah dlm masa 10 thn,amanah akn 'overtake' pas.


amanah.....go for dapatkan kepercayaan rakyat..'ISLAM FOR ALL'

Lelakidicermin berkata...

Ingat setahun sebelum pru 14.. parti pak lebai buat perhimpunan di tgganu. Perhimpunan tu tepi pantai..masa tu setiausaha parti pak lebai umum ada projek..tak ingat projek apa..tp perlu kumpulkan sejuta lebih..setiausaha parti pak lebai yakin kutipan akan berjaya.. dgn keahlian parti pak lebai..kalau tak salah dpt kutip seratus lebih.. terlalu jauh dr sasaran...langsung tak dengar lagi projek tu skg ni..patut dr perhimpunan tu parti pak lebai..dah tahu..kekuatan parti diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Tino klate dgng tino nganu byk undi pas. Mungking nok cuti bersaling yg dua tahung tu kottt?

Tanpa Nama berkata...

jangan dilayan kedua2 negeri ini. buang masa je. betul2 kena kencing dgn kawan2 yang balik ke kedua negeri itu janji undi ph.

Tanpa Nama berkata...

TGHH sebut Manifesto PAS di Kelantan dan Terengganu tetap akan dilaksanakan. Ada Manifesto yang perlu disegerakan dan ada perkara yang perlu tunggu masa. Ini kerana Janji Manifesto PAS tiada menyebut jangka masa pelaksanaan 100 hari atau seumpamanya, asalkan ia dilaksanakan dalam masa mandat diberikan rakyat iaitu 5 tahun mendatang.

Ini berbeza dengan Pakatan Harapan yang menjanjikan secara spesifik 10 Janji 100 Hari dan 60 Janji menjelang 5 tahun mendatang. Nampaknya kini sebahagian besar 10 Janji 100 Hari tersebut terpaksa ditangguhkan pelaksanaannya selepas 100 hari atas pelbagai alasan!

Yang sebut rakyat perlu bersabar tu adalah wartawan bukan TGHH

PokAmid berkata...

Bukan penyokong je yg berperangai buruk, perangai mamat mr presideng tu sendiri lebih buruk lagi drp perangai penyokong2 dia.
Betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Ya wartawan ckp kena sabar. Tapi dia mengiakan.

Apa pun. Menifesto PH pd pendapat aku yg berhak tanya hanya yg menerima menifesto tersebut. Bukan yg menolak menifesto seperti pas dan bn. Pas dan bn boleh duduk tepi longkang main berudu dulu.

Peduli apa aku 100 hari... aku bg masa 5 tahun...

Tanpa Nama berkata...

Yang tak puas hati PH menang ialah Pas. Yang tak percaya PH dah menang ialah Umno. Jadi respon mereka memang lain. HAHAHA.

Tanpa Nama berkata...

bagi masa tu suruh bersabar lah. Dalam Islam pun suruh bersabar.

Rakyat mahu semua nya di laksana dalam masa secepat mungkin. Kalau tidak ianya akan di kira dalam tempuh yang munasabah. Paling lama 6 bulan.

Kalau dalam 5 tahun mendatang tak payah lah nak minta beri masa.

Cakap lah PAS ada masa 5 tahun... habis cerita.

Yang mana satu yang telah di segerakan? Air percuma pun tak dapat. Idea apa nak kurang kan kos sara hidup di Kelantan?

Oh ya..... sila tunggu 5 tahun.

Nobody berkata...

Janji manifesto pilihanraya dulu-dulu, PAS dah tunai ke???

Contohnya, RUU355 nyawa PAS tu. Sampai kata kalau tak dapat buat letak jawatan. Apa cerita???

Aku yakin, manifesto PH akan dibuat cepat atau lambat. Manifesto PAS, kaki kencing, putar-belit hukum Islam, memang kira tak ada jelah hahahhahaa!!!

Tak payahlah kau nak berselindung 100 hari ke, 5 tahun ke, manifesto nak bagi subsidi kereta 1300 kuasa kuda apa cerita??? Kuasa kuda atau bhp dengan cc pun tak kenal, punya cuai dan cincai PAS punya manifesto, ada ke orang nak bagi subsidi pada hypercar??? Kereta proton pun takat 100++ kuasa kuda lah.

Memang patutlah PAS kalah. Orang pun tahu logik, takkan benda-benda tak logik macam ni kita semua sanggup diperbodohkan???

Tanpa Nama berkata...

Ha Ha ha hadi ni ulamak palsu jahat & mulut celupar.