Sabtu, 23 Jun 2018

Akhirnya Zahid Hamidi tunjuk 'kejantannya' ....

Akhirnya Zahid Hamidi menunjukkan kejantannya walaupun tak berapa 'jantan' dengan berdebat dari jauh. Main sembunyi-sembunyi pulak. Cumanya kalau tak dapat jawab, boleh putuskan line, boleh kata internet tak stabil, boleh kata macam-macam la... hehehheehehe

Kalau tak boleh bersemuka atas alasan nak bersama perwakilan, ASTRO boleh tukar tarikh. Penulis rasa Ku Li dan KJ tak ada masalah kot sebab mereka lebih jantan dari awal.

Tak tau la kalau semua tarikh penuh hahahhahaha....

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya bersetuju menyertai 'Debat Presiden Umno' yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro AWANI pada 29 Jun ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid, yang kini menjalankan tugas presiden parti, berkata beliau hanya akan berdebat dari Bagan Datuk kerana pada malam berkenaan beliau perlu berada bersama perwakilannya bagi tujuan pemilihan pada keesokan harinya.

"Jika ia bukan untuk memecahkan Umno kepada dua atau tiga, maka saya sanggup untuk bersiaran dari Bagan Datuk kerana saya tidak akan pernah mengetepikan jemaah saya," katanya ketika diwawancara dalam rancangan '100 Hari Malaysia Baharu' di saluran Astro AWANI malam tadi.

Sebelum ini, Ahmad Zahid, yang merupakan antara  calon presiden Umno pada 30 Jun ini, menolak cabaran debat itu kerana berpendapat isu dalaman parti tidak perlu dibincangkan secara umum.

Dua lagi calon iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dijadualkan muncul pada program 'Debat Presiden Umno' selama sejam yang dijadualkan pada 9.30 malam 29 Jun. BERNAMA

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Wak Komidi terus balik debat di Pornorogo. Takkan Wak Komidi dah lupa tanah tumpah darah? Lagi bagus debat buat dalam Bahasa Inggeris - Jawa. HAHAHA.