Rabu, 7 September 2016

TAK PELIK KE? Deposit Aabar DiRahsiakan Dari Pembeli Bon, Lembaga Pengarah 1MDB, dan Juruaudit KPMG

1MDB dikatakan telah membayar deposit RM4.2 bil kepada Aabar sebagai cagaran kepada jaminan yang diberikan oleh IPIC kepada pinjaman bon 1MDB melalui bank Yahudi Goldman Sachs.

Deposit ini atau dalam dollar USD1.367 bil disebut oleh kedua PAC dan DOJ

dari m/s 61 lapuran PAC disebut –

1
Pembayaran deposit sebesar itu dibuat TANPA kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB ? Ni apa punya syarikat milik kerajaan yang langsung tidak ada check and balance dan keputusan boleh dibuat sewenang2nya ? !
Pelikkan juga amaun yang dibayar itu …..  USD576.94 juta daripada jumlah pinjaman USD1.75 bil dan USD790.35 juta daripada jumlah pinjaman USD1.75 bil.  Kenapa amaunnya berbeza ?
Satu lagi yang pelik, kenapa tidak disebut juga mengenai pembayaran deposit itu dalam Nota Pekeliling yang diedarkan kepada pembeli2 bon pinjaman itu ? Dari m/s 50 DOJ –
1c
Pendek kata – Tidak ada siapa tahu yang 1MDB perlu bayar deposit sehingga 40% dari nilai pinjaman kepada pihak penjamin !

Perkara sepenting itu seharusnya didedahkan kepada bakal2 pembeli bon sebab ia bakal memberi kesan kepada pelaburan mereka. Tidak pernah berlaku di mana2 pun di dunia ini sebuah syarikat terpaksa bagi deposit sehingga 40% nilai pinjaman kepada penjamin.

Ia tidak diumumkan langsung. Bukan kecik anak amaun nya. RM4.2 bilion !

Kemudian kita digemparkan dengan hebahan umum yang dibuat oleh IPIC bahawa Aabar BVI, syarikat yang menerima deposit itu, bukan milik IPIC.

Oooooooooooo…… patutlah deposit itu tidak dihebahkan……

Bayangkan kalau dari awal lagi, sewaktu Nota Pekeliling diedarkan kepada bakal2 pembeli bon itu sudah disebut bahawa 40% hasil jualan bon itu akan dibayar kepada IPIC sebagai deposit, gerenti IPIC dah bising – MANA ADA DEPOSIT ! ?

Kantoilah perancangan mereka nak songlap sejumlah wang yang begitu besar dari pinjaman itu …

Begitu juga kalau persetujuan diminta dari ahli lembaga pengarah 1MDB mengenai deposit itu, saya percaya lembaga pengarah akan menolak usul pinjaman itu sebab ianya MEREPEK ! Bodoh sangatlah buat pinjaman dengan terma yang sebegitu pelik.

Rosaklah pelan nak songlap duit dari pinjaman itu kalau tak jadi buat pinjaman dengan bank Yahudi itu !

Makanya lembaga pengarah hanya diberitahu mengenai deposit itu SELEPAS ia dibayar.

Dengan juruaudit KPMG juga tidak dimaklumkan !

Semakan lanjut mendapati perkara-perkara tersebut di atas tidak

dinyatakan dalam Surat Representasi 1MDB mengenai pengauditan penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2012 kepada Tetuan KPMG bertarikh 27 Disember 2012. (m/s 62 laporan PAC )

Kenapa mahu disorokkan fakta mengenai deposit dan juga option kepada Aabar BVI ?

Sebab …… dah ada perancangan jahat lah tu …..

Kalau anda baca lapuran DOJ, didedahkan bagaimana wang deposit yang syarikat palsu Aabar BVI itu terima dari 1MDB telah disalurkan kepada beberapa pihak termasuk orang yang 1MDB berurusan dalam urusniaga di atas iaitu Qubaishi dan Husseiny … tidak lupa juga USD30 juta kepada MO1 atau Najib.

Pembayaran kepada Najib dibuat melalui akaun Blackstone …. hmmmmm, jika anda masih ingat, nama Blackstone ini ada disebut dalam ‘surat’ pak Arab.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Faqqirulqoir berkata...

Sekiranya ini boleh di'verify' secara hitam putih, kenapa pejabat peguam negara masih diam?
Bagaimana agensi2 kuatkuasa yg lain?
Orang2 kamu tak nak kata apa2 ka?

Unknown berkata...

Cuba kau org luhat dan baca visi..misi dan lain2 dlm company profile syarikat 1MDB. Fuhhhhh...bukan main class...canggih...tetcanggung kalau baca. Pasti satu syarikat yg professional. TAPI hampehhhhh...cantik dan moleg di atas kertas saja...implimentationnya hancusssss....lembaga pengarah cuna wayang saja. Segala keputusan oleh satu pihak saja...dr yg berkuasa...tak lain tak bukan MO1.
Sbb tu..lembaga pengarah poyo semacam. Hidung dah kena cakok...mulut dh disumbat dedak.
Semua mereka ini termasuk MO1 mesti dihadapkan ke mahkamah atau tribunal suruhan jaya diraja. Semua mereka ini harapkan pagar..pagar makan padi.

Unknown berkata...

NATI, JIKA TERBONGKAR SEMUANYA, BOLEH BUAT FILEM...

MCM CITER ITALIAN JOB.

MUNGKIN BOLEH BOX OFFICE

Anoynimous berkata...

Sekarang yang dikelaskan dibawah akta rahsia resmi adalah penipuan, perlanunan,

Anoynimous berkata...

Lhaaa baru tau ke yg ali tinju ni bodoh?
Sejak mula keluar muka dia memang semua orang kata dia nak tunjukkan kebodohan dan kebingaian dia