Selasa, 6 September 2016

Sehari selepas Dr Mahathir dan Anwar berjabat tangan

Tiada ragu, pertemuan semalam bersejarah. Tetapi apakah yang dapat diterjemahkan dan kesannya kepada politik negara?

Tiada berita yang lebih penting semalam berbanding pertemuan pertama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas 18 tahun.

Pertemuan itu ternyata mengejutkan ramai pihak termasuk mereka yang berada dalam lingkungan politik, yang lazimnya tahu lebih awal tentang apa yang berlaku.

Salah seorang politikus – yang biasanya akan menggunakan nada khas ketika tahu percakapannya direkodkan – gagal menyembunyikan nada terkejutnya ketika ditanya tentang pertemuan itu.

Barangkali kerana terkejut juga, ayat klise seperti “tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik” dan “musuh kepada musuh adalah kawan” kembali diulang, termasuk oleh politikus veteran dan penganalisis. Semua orang tahu dua hal itu.

Ataupun kata-kata ini – “sejarah berputar, pada mulanya sebagai tragedi, kedua sebagai jenaka (farce)” – jika ingin kelihatan sedikit pandai.

Tiada ragu, pertemuan semalam bersejarah. Tetapi apakah yang dapat diterjemahkan dan kesannya kepada politik negara?

Adakah ia mampu menyatukan pembangkang yang kini berada pada kedudukan paling lemah sejak 2008, secara realiti, atau hanya tenggelam dalam retorik “penyatuan” tanpa apa-apa tindakan secara praktikal?

Di tengah-tengah pihak yang memperleceh dan juga terlebih-lebih mengangkat pertemuan semalam, pandangan Datuk Zaid Ibrahim lebih sederhana, iaitu “politik tidak akan sama lagi”.

Apa yang tidak sama itu bergantung kepada tindakan 2 pihak politik pada masa akan datang.

Apa-apa pun, sukar untuk tidak menyerahkan diri kepada nostalgia apabila melihat gambar Dr Mahathir dan Anwar dalam keadaan mesra.

Masakan tidak, 2 figura ini merupakan pemimpin tertinggi Malaysia di saat negara mendapat gelaran Harimau Asia Tenggara ketika era kemakmuran 1990-an, sebelum berpatah arang pada 1998, tahun sama krisis ekonomi melanda.

Tahun seterusnya menyaksikan mentor-protégé itu bertukar menjadi musuh paling ketat. Malaysia pula gagal bangkit mencapai tahap yang sama.

Lapan belas tahun berlalu, negara masih lagi terperangkap dalam gelembung “mediocrity”.

Maka jabat tangan semalam menghantar ramai – terutama yang melalui kedua-dua era itu – kepada satu zaman di mana Malaysia benar-benar aman, optimis dan tanpa intrig politik yang dibicarakan secara terbuka.

Dalam forum yang membincangkan kerjasama Dr Mahathir dengan pembangkang beberapa bulan lalu, aktivis dan peguam Haris Ibrahim berkata rakyat Malaysia tidak boleh lagi menyerahkan nasib negara kepada tokoh politik.

Mengkritik rakyat, dan juga pembangkang, yang seolah-olah bergantung harap kepada Dr Mahathir, beliau ketika itu berkata rakyat sendiri yang harus menggalas beban untuk membawa perubahan kepada negara.

Mungkin tidak sampai ke tahap menggalas sepenuhnya beban itu, tetapi cukup jika mampu kembali memainkan peranan dan tidak sekadar mengangguk sebarang keputusan yang dibuat politikus yang disokong.

Dan untuk itu, kelesuan sekarang perlu digantikan dengan harapan. Barangkali jabat tangan semalam boleh memberikan harapan itu.

RUANG PENGIKLANAN MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

Peluang Bisnes Terkini ! Jana Pendapatan LUMAYAN Dengan Set Berus Gigi "Ajaib" Teknologi "EMAS" Cukupkah Gaji Anda? Nak Extra Income Cara Mudah!!! Limited Offer! SMS/watsap 016-5221533 IKLAN TEKS IKLAN TEKS IKLAN TEKS

0 respon: