Ahad, 7 Februari 2016

Putera Arab Saudi pulak dah

Salah seorang putera Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud merupakan orang yang menderma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinchew Daily hari ini.

Apandi bagaimanapun tidak mendedahkan identiti penderma itu.

Raja Arab itu, yang meninggal dunia pada Januari tahun lepas, mempunyai 9 orang putera dan 10 puteri.

"Kami tahu nama dia (penderma). Dia bukan arwah Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," pendakwa utama negara itu dipetik berkata akhbar berbahasa Cina itu.

Beliau juga dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperolehi satu kenyataan daripada penderma itu sepertimana yang diperincikan dalam laporan badan anti-rasuah itu.

Terdahulu hari ini, Menteri Luar Arab Adel al-Jubeir berkata beliau tidak fikir RM2.6 bilion yang mengalir ke dalam akaun bank Najib adalah daripada kerajaan Arab atau merupakan derma politik.

Bercakap kepada The New York Times (NYT), beliau berkata, wang itu disalurkan kepada satu "pelaburan di Malaysia".

Bulan lalu, Apandi berkata, RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi yang diberi "tanpa sebarang pertimbangan", dan menutup kes itu.

Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelabur negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan, kira-kira AS$4 bilion (RM16.8bilion) disalahgunakan daripada syarikat negara.– 6 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: