Sabtu, 6 Februari 2016

Siaran langsung debat Dr Asri vs Zamihan

Keputusan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerima cabaran daripada ustaz kontroversi Zamihan Mat Zin berdebat isu ekstremisme agama di dalam negara bertujuan memberi penjelasan kepada orang ramai.

Menulis di laman Facebooknya petang ini, Asri berkata, beliau setuju menyertai forum dikelolakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim itu bukan untuk menentukan siapa yang menang atau tewas.

Setakat ini, katanya, Zamihan yang juga penolong setiausaha kanan, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah menyatakan persetujuan menghadirinya.

"Alhamdullilah saya difahamkan pihak ustaz Zamihan bersetuju hadir. Urusan beliau untuk memberikan motivasi kepada banduan insyaAllah dapat diganti.

"Banduan rasanya insyallah tidak begitu sibuk dan tidak ke mana-mana. Tazkirah untuk banduan itu boleh dibuat hari sebelum atau selepas.

"Ini memandang beliau sendiri yang mencabar dengan menyatakan bila-bila masa, di mana-mana, apa topik, sesiapapun peserta dan apapun format," Asri dipetik berkata di laman sosial itu hari ini.

Sebelum ini, kedua-dua agamawan itu dilihat saling serang-menyerang di mana Zamihan, yang mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan keganasan, semalam mencabar mufti Perlis tersebut berdebat secara terbuka.

Zamihan berkata, sekiranya Asri kalah dalam perdebatan itu, beliau perlu meletakkan jawatan.

Selain itu, Asri berkata beliau juga meminta pihak penganjur mendapatkan seorang moderator yang tidak berat sebelah bagi forum tersebut.

Beliau juga mahu masa yang diperuntukkan untuk berdebat diberikan sama rata antara beliau dan Zamihan, begitu juga kedudukan pentas yang seimbang, demi keselesaan.

"Alhamdullilah saya sudah pun membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan dan menunda program lain yang patut saya hadir.

"Kedudukan saya sebagai mufti lebih terikat dan ketat dari segi jadual, tetapi saya cuba sebaiknya untuk membolehkan saya hadir pada tarikh berkenaan.

"Bukan untuk siapa menang dan kalah, tetapi untuk memberikan penjelasan kepada umat, insyaAllah," katanya.

Forum tersebut bakal diadakan di Auditorium, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada Rabu depan dan akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen. – 5 Februari 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kita menyokong Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana beliau mempunyai ilmu pengetahuan Islam yang tinggi, rajin berdakwah dan sangat berani menegakkan kebenaran dan menegur kesalahan dan kesilapan semua peringkat manusia termasuk ulama dan pemimpin yang berkuasa. Semoga Allah memberi petunjuk, kejayaan, kemuliaan, keberkatan dan kesejahteraan kepada Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan keluarganya di dunia dan akhirat.