Rabu, 17 Februari 2016

Najib tak perlu bayar cukai derma RM2.6b kata LHDN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak tertakluk untuk membayar cukai pendapatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dari seorang putera Saudi.

Ini adalah mengikut Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam (LHDDN), Tan Sri Mohd Shukor Mahfar ketiKka ditanya sama ada sumbangan politik boleh dicukai merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

Katanya, jika pendapatan tidak tertakluk kepada pendapatan, maka pihaknya tidak boleh mengenakan cukai dan derma politik tidak tertakluk kepada cukai.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib perlu membayar cukai bagi jumlah wang yang besar yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya.


Hai Hai Hai ...

Selepas ni boleh la rakyat diseluruh negara menggunakan method yang sama apabila mendapat rezeki..! LHDN pun akui bahawa sumbangan atau derma dikecualikan
cukai..! Jadi ada la duit lebih bagi rakyat kelak..!
Majikan pun boleh mengurangkan bayaran cukai selain dari dilihat sebagai majikan yang berhati suci kerana setiap bulan boleh menderma kepada setiap pekerjanya..!
Ini pasti boleh melonjakkan ranking kategori rakyat Malaysia sebagai rakyat pemurah sedunia..!
Kesan bahayanya apabila penyamun, pencuri dan perompak boleh 'terselamat' dan 'suci murni' kalau pihak Bank Negara, SPRM, PDRM malah LHDN tidak memperincikan
dokumen dan hasil siasatan..!
Tapi takper..! kerana Malaysia masih ada PAC dan AG yang sekarang ini cukup dikenali dunia..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Jk di kenakan cukai pon byk lg belen.....

Tanpa Nama berkata...

kat zimbabwe pun cam ni juga