Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang insan yang mempunyai tahap kesabaran luar biasa kerana sentiasa tenang dalam menempuhi pelbagai ujian.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak mengenali Najib lebih tiga dekad, pemimpin itu tidak pernah menunjukkan kegundahan atau kemarahan, malah tidak pernah memburukkan mana-mana individu walaupun beliau menerima laporan negatif terhadap seseorang.
"Kami sama-sama daripada rambut lebat hingga rambut jarang. Daripada rambut hitam hingga rambut sudah beruban. Ini menunjukkan betapa lama saya bersamanya.
"Sebagai majikan dan rakan, saya lihat keperibadian beliau sangat luar biasa. Beliau ada kesabaran yang sangat tinggi yang jarang sekali seorang pemimpin mempunyai peribadi mulia seperti itu.
"Keistimewaan inilah yang Allah takdirkan untuk menguji kepemimpinan beliau. Bagaimanapun, beliau tetap tenang dan tidak gundah langsung," katanya pada Majlis Pelancaran Buku Edisi Khas 'Najib Razak 40 Years 40 Pictures' di sini, sebentar tadi.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menempah 500 naskhah buku yang akan diagihkan kepada pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri.
"Buku ini sangat bermakna kerana bukan hanya berkisar mengenai kehidupan Perdana Menteri sebagai pemimpin tetapi sisi berbeza yang tidak diketahui umum sebelum ini.
"Saya ingin beli buku ini sebanyak 500 naskhah menggunakan duit saya sendiri, bukan duit kementerian," katanya.
Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri FD Iskandar; Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
Buku terbitan NSTP sempena sambutan ulang tahun ke-40 karier Najib dalam politik memaparkan gambar eksklusif daripada sumber arkib NSTP dan koleksi peribadi Perdana Menteri yang sesetengahnya belum pernah disiarkan kepada umum.
Koleksi gambar berkenaan mengabadikan 40 momen yang signifikan dalam kariernya bermula daripada tarikh penting 21 Februari 1976 apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Pekan menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak, sehingga hari ini.
Buku setebal 112 halaman ini juga mengandungi artikel ringkas dan gambar menarik termasuk ada antaranya merakamkan detik Najib menjadi Menteri Besar Pahang, timbalan menteri serta menteri di pelbagai portfolio termasuk Menteri Pertahanan.
Naskhah berharga RM140 itu sebahagian besarnya juga merakam teras kepimpinan beliau yang berorientasikan kepentingan rakyat iaitu gambar beliau menyelami denyut nadi masyarakat.
Tidak terkecuali, koleksi gambar Perdana Menteri bersama keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang kekuatannya, khususnya memori indah bersama Allahyarham Tun Razak, termasuk dalam beberapa paparan menarik yang memperlihatkan persamaan ketara wajah serta gaya antara kedua-dua pemimpin itu.
kekeke .. nak muntah aku.. layan video ni, kambing pun tak percaya hehehehe
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Sape lg nk puji..... Kawan yg beri jawatan...
minta SPRM siasat dari mana Zahid dapat duit untuk beli buku ttg Najib yg tak ada sape sangat di Malaysia nak baca. Takut2 ada unsur rasuah...itu pun kalau SPRM ada integiti dan tidak dirasuah....gila la bila orang nak biaya TGNA ke Mekah kau orang macam orang gila pergi serbu....maka tunjukkan gila kau orang sekali lagi...sebelum rakyat doakan semoga kau orang betul2 gila...
Catat Ulasan