Rabu, 17 Februari 2016

Siapa peganti Gabenor Bank Negara? .. orang Najib?



Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mempertahankan penggantinya, mengatakan Bank Negara melaksanakan
proses ketat untuk memilih calon paling layak.

Gabenor Bank Negara itu berkata, pengganti sesuai penting ketika Malaysia berdepan dengan keadaan ekonomi yang lembap pada hari ini.

"Kita melaksanakan proses dan memastikan gabenor baharu mempunyai latar belakang dan kemampuan relevan terutamanya dalam keadaan seperti hari ini supaya
peralihan dapat diuruskan dengan baik.

"Dan saya percaya bank pusat sudah menjadi organisasi kukuh dengan kekuatan institusi dan patuh kepada undang-undang ... yang memberikan kita kuasa luas
dan kebebasan.

"Dan dengan itu, terdapat akauntabiliti," kata Zeti di Kuala Lumpur hari ini.

Walaupun tidak mendedahkan siapa penggantinya, Zeti berkata gabenor baharu seharusnya bebas daripada sebarang agenda politik, demi kestabilan kewangan
dan ekonomi.

"Saya menikmati kebebasan walaupun sebelum (enakmen Akta Perkhidmatan Kewangan 2013).

"Semasa saya menjadi gabenor, kita (Bank Negara) sudah berkhidmat dengan 5 menteri kewangan dan 3 perdana menteri – dan bank pusat sentiasa dilayan dengan
baik. Dan saya harap ini akan berterusan," katanya.

Zeti bakal bersara pada April dan spekulasi mengatakan calon penggantinya akan dipilih dari dalam Bank Negara.

Selain timbalan kepada Zeti, antara yang disebut bakal menggantikannya termasuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah
dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin. – 17 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: