Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa para mufti bersuara bagi mengeluarkan fatwa atau penjelasan hukum mengenai perhimpunan baju merah yang bakal diadakan esok, lapor Sinar Harian hari ini.
Presidennya Amidi Abdul Manan menuntut mufti berbuat demikian agar rakyat tidak nampak seperti adanya sikap berat sebelah di kalangan agamawan.
"Jika dulu Mufti Kelantan (Datuk Mohamad Shukri Mohamad) kata, Bersih 4 haram, maka beliau juga patut buat penegasan untuk perhimpunan baju merah ini.
"Jika mufti berdiam diri, akan beri imej tidak baik, kerana dikatakan tidak berlaku adil," beliau dipetik berkata akhbar itu.
Beliau menyifatkan tindakan penyokong perhimpunan baju merah itu yang membakar patung-patung menyerupai penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai perbuatan melampau.
Peserta himpunan tidak sepatutnya membangkitkan kontroversi apatah lagi melibatkan kaum, kata Amidi.
"Ini satu contoh tidak baik, pihak berkuasa perlu bertindak seperti mana yang berlaku pada peserta Bersih 4 yang lalu.
"Mereka patut lebih rasional, saya juga tidak rasa ahli Umno yang lain merestui perbuatan sedemikian," katanya.
Himpunan baju merah atau Himpunan Maruah Melayu, anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), dijadualkan berlangsung esok dan 10 Oktober, di Bukit Bintang dan Jalan Petaling dan berakhir di Padang Merbok, Kuala Lumpur. – 15 September, 2015.
Hahaha ... memang memalukan. kalau golongan cikai bawahan aku tak kisah. Ni golongan agamawan, ulamak, paling mulia di kalangan mulia .. jawablah kau nanti kat akhirat. Kepada geng Baju Merah, seperti juga BERSIH, so aku respek hangpa punya idealogi. Nak berarak ke, nak melalak ke, sama la ... jaga adab, jaga keharmoniaan. Tunjukkan korang lebih bagus dari BERSIH. kah kah kah kah ...
bangsat betul ...
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
7 respon:
Himpunan bersih haram sebab nak gulingkan kerajaan. Himpunan baju merah haram pasai apa plak??
mufti cuma menjual agama tapi bukan semua.
Walharamu
Walhalalku
pasal membela kerajaaan zalim la ... ini pun tktau dungu
kita dh makin kenal mufti kelantan ug yg suka bekas pemimpin pas bercerai
apa fatwa dia mengenai rompakan balak dikelantan oleh geng kupiah dn jubah?
yiiileeeekkkk gerenti punya
Mufti........bila hati telah hitam
org yg 'main' balak kat klate skrg ni dok serang krjaan Klntan...aiikk..
Catat Ulasan