Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pendirian itu dibuat selepas menilai pelbagai pendapat daripada semua komponen parti terhadap penganjuran perhimpunan aman itu.
“Kita telah bincang perkara ini secara panjang lebar di mana parti komponen BN telah memberi banyak pendapat dan kita bersetuju untuk tidak bersetuju atas pendirian yang dibentangkan.
“Ada yang melahirkan kebimbangan dan ada yang tidak setuju dan yang berpendapat kata 16 September bukan hari yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn PWTC di sini malam tadi.
Najib berkata sebagai presiden parti, beliau menghormati pandangan pemimpin-pemimpin parti komponen.
Kata Najib, sekiranya perhimpunan itu diadakan, ia mestilah mematuhi segala undang-undang selain mematuhi arahan polis.
“Semua undang-undang negara mesti dipatuhi termasuk undang-undang Akta Hasutan dan bentuk poster mesti tidak berbaur perkauman dan menimbulkan isu-isu yang danggap hasutan dan perkauman,” katanya.
Beliau turut mengingatkan himpunan tersebut mengelak pergeseran dan perbalahan yang boleh menggugat keamanan berikutan hari itu merupakan hari bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
“Polis akan memastikan kawalan ketat,” katanya.
Najib berkata pada hari tersebut beliau bersama pemimpin parti komponen BN akan berada di Kota Kinabalu, Sabah sempena sambutan Hari Malaysia.
Pada Isnin, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ di Padang Merbok.
* kah kah kah .. jom tanya budak sekolah. Najib ni cakap serupa bikin ke tak?
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Tentu tak la...2.6bil private acc tuu...
Catat Ulasan