Selasa, 15 September 2015

Sayang juga PAS kat Lim Guan Eng ni .. hehehehehhe

PAS konsistan tidak bersetuju dan tidak akan bersekongkol dengan sebarang tindakan yang boleh mengundang kepada ketegangan, membenihkan rasa kebencian dan mencemari keharmonian masyarakat.

Sebaliknya, menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan rasa hormat-menghormati dan memelihara maruah sesama insan wajib disemai dan diamalkan.

Justeru, PAS mengecam perlakuan pihak tertantu yang bertindak membakar patung menyerupai pemimpin parti pembangkang yang didakwa berlaku di Kota Bahru Kelantan.

Katanya, amalan ini bukan sahaja tidak bertamadun malah bukan merupakan budaya masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi rakyat Kelantan yang berbudi bahasa dan mengutamakan keharmonian dan keamanan masyarakat pelbagai kaum.

"Demi menjamin kestabilan negara dan mengekalkan kesejahteraan rakyat, PAS menyeru semua pihyak terutama parti pemerintah supaya mengawal ahli dan penyokong masing-masing agar melihat masa depan kita semua dengan lebih optimis dan ralistik," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pada 13 September lalu, Umno Bahagian Kota Baru menganjurkan sebuah program membakar patung pemimpin DAP berpakaian baju Bersih 4 sebagai persediaan untuk turun ke himpunan di Kuala Lumpur itu pada 16 September ini

Tindakan itu mendapat perhatian umum, apabila sebuah klip video dimuat naik di laman sosial YouTube, yang mana ahli-ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. – HARAKAHDAILY 15/9/2015

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: