Ahad, 13 September 2015

Hebat sungguh kesimpulan yang dibuat Naib Presiden PAS ni...

Kegagalan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk mengerahkan orang Melayu turun ke perhimpunan Bersih 4.0 membuktikan NGO itu tidak mampu menggantikan Pas jika Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan.

Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad sambil menegaskan, ketidakupayaan Harapan Baharu membuktikan PR 2.0 tidak dapat berperanan dengan berkesan tanpa kekuatan Pas.

"Kita lihat pada Bersih 4.0, bahawa tanpa Pas, PR tidak dapat bertindak dengan berkesan.

"Kalau kita lihat Bersih 4.0 itu hanya kurang lima hingga 10 peratus saja orang Melayu, walaupun Harapan Baharu telah digunakan untuk menggerakkan orang Melayu," katanya kepada pemberita pada Kongres Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Iskandar juga berkata, pakatan pembangkang hanya akan menjadi kuat dan efektif jika Pas terlibat sama dalam gabungan tersebut khususnya di Selangor, Terengganu dan Kelantan.

"Ia memberi satu petunjuk kepada parti-parti yang menentang BN, kalau nak bergabung, nak satu pembangkang yang efektif, kena ada Pas," ujarnya.

Sementara itu, Iskandar turut menegaskan kemenangan Pas pada PRU12 dan PRU13 bukan kerana semangat PR semata-mata.

"Saya rasa semangat PR itu bukan semangat DAP atau PKR, ia semangat bersama, kalau kita lihat gelombang pada 2008 dan 2013 adalah gelombang bersama.

"Saya berpendirian bahawa parti-parti PR perlu bersama jika nak pertahankan kerajaan, ataupun nak memberi sesuatu tekanan kepada BN," dakwanya.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata lagi, kekuatan Pas di Selangor jauh lebih hebat dari Harapan Baharu berdasarkan jumlah ahli parti masing-masing.

"Sebelum ini, Harapan Baharu mensasarkan boleh menarik 3,000 ahli, tapi kita mempunyai 90,000 ahli Pas di Selangor, kalau boleh capai sasaran mereka, namun ia hanya beberapa peratus dan jauh dari jumlah ahli Pas," katanya lagi.

* setahu aku AMANAH belum pun ditubuhkan lagi .. macam mana nak ukur tu... alahai .... ngok ke apa.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

90000 tu nama aku tak potong lg

Tanpa Nama berkata...

PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Mempunyai aura-aura sayang UMNO dan pemimpinnya berpeluang muncul kerap di TV3 atau Utusan.

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

ISLE-ISLE

nick berkata...

Kesimpulan yang dibuat tu menunjukkan yang otak dan akal dia dah bersimpul mati. Kapla sudah pening, Big boss dia dah buat kerja gila cakap kat seluruh dunia yang PAS tak perlukan PR, PKR dan sesiapa je TAPI dia pulak cakap pembangkang akan kuat kalau PAS ikut sama. Semuanya mula cakap berbelit dan sekarang semua dah biol, dari Hj hadi sampai le ke Ketua Pemuda2 perasan hensem dan alim2 kucing.

Sikit hari lagi kita akan dengor pulak PAS bersorak yang selama ni dia boleh menang PRU dan jadi kerajaan tapi saje je bagi peluang kat UMNO. PAS kan parti yang tak pentingkan kemenangan dan dengan sebab tu lah PAS selalu je kalah bila bertanding sorang2. Jadi bila masuk PR, PAS asyik menang dan ini menyebabkan pihak2 ulamak PAS tak suka, hilang banyak Pahala sebab asyik menang je. (tak ke biol)?

Nick.
Cape Tiger.

nick berkata...

Kesimpulan yang dibuat tu menunjukkan yang otak dan akal dia dah bersimpul mati. Kapla sudah pening, Big boss dia dah buat kerja gila cakap kat seluruh dunia yang PAS tak perlukan PR, PKR dan sesiapa je TAPI dia pulak cakap pembangkang akan kuat kalau PAS ikut sama. Semuanya mula cakap berbelit dan sekarang semua dah biol, dari Hj hadi sampai le ke Ketua Pemuda2 perasan hensem dan alim2 kucing.

Sikit hari lagi kita akan dengor pulak PAS bersorak yang selama ni dia boleh menang PRU dan jadi kerajaan tapi saje je bagi peluang kat UMNO. PAS kan parti yang tak pentingkan kemenangan dan dengan sebab tu lah PAS selalu je kalah bila bertanding sorang2. Jadi bila masuk PR, PAS asyik menang dan ini menyebabkan pihak2 ulamak PAS tak suka, hilang banyak Pahala sebab asyik menang je. (tak ke biol)?

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

kehancuran PR pun dgn sebb PAS

kenapa nk ckp PR kuat mesti ada PAS

yg mana satu.. kau nk PR kuat atau nk khianat lagi

kami tk perlu pengkhianat yg 'kuat'

lebih baik ada sahabat yg jujur dan setiakawan

PAS dh jadi kuda kepang umnu

dh berjaya kuburkan PR

tp agenda nk rampas selangor masih berjalan
antara PAS dan umnu

pengkhianat hanya boleh sekali je, takde peluang kedua utk pengkhianat

silalah PAS terhegeh2 kt kem BN

tp nazri pun dh menyampah, katanya PAS akan buat masalah kt umnu

hihihii org pengkhianat semua org tk suka

join yahanana je la