Ahad, 13 September 2015

Aku nak tanya Pesuruhjaya PAS Terengganu ..

Penglibatan Parti Amanah Rakyat dalam Pakatan Rakyat 2.0 akan gugat kekuatan pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat.

Penglibatan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Rakyat 2.0 (Pakatan 2.0) hanya akan menggugat kekuatan pembangkang kerana parti baharu itu bakal berdepan masalah pembahagian kerusi, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkata, penglibatan Amanah dalam Pakatan 2.0 akan memecahbelahkan pakatan pembangkang dan sekali gus menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Katanya, ini kerana PAS sudah semestinya tidak akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di kerusi milik mereka.

Bagaimanapun Satiful berkata, perkara sedemikian mungkin tidak akan menjadi isu di Kelantan dan Terengganu kerana PAS mempunyai pengaruh tersendiri di kedua-dua negeri itu. "Pada pendapat saya, PAS mungkin tidak sertai PR 2.0 kerana parti ini sudah memutuskan hubungan dengan DAP. Perkara ini ditegaskan sendiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Presiden sudah tegaskan pihaknya tidak menerima Amanah dan mempunyai pendirian tegas berkenaan perkara itu terutama syarat kerjasama dengan pihak lain," katanya.

Bagaimanapun, katanya, terserah kepada pucuk pimpinan PAS untuk memutuskan sebarang kerjasama politik baharu.

Sebelum ini, Hadi dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” katanya.

Hadi dilaporkan berkata, pembentukan pakatan baharu tidak jelas dalam mendaulatkan Islam.

* AKU TANYA ...

1. kenapa tidak boleh bekerjasama dengan Amanah? Amanah ni semua kafir ke?

2. Apa agenda tersirat pembangkang 2.0? Lebih tepat lagi agenda Amanah? Main srserkap jarang atau auta?

3. Apakah hati-hati pemimpin penuh dengan dendam dan iri hati?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

dia soal dia yg jawab

dia kata Amanah akan pecahkan undi pembangkang

dia jawab sebb PAS akan lawan dimana PAS bertanding

maknanya PAS lah yg melemahkan PR.

sungguh belit2 PAS.... jgn kita pening kepala

tinggalkan PAS... tak kafir pun