Isnin, 14 September 2015

Baju Merah: PAS cakap berbelit-belit

Himpunan “baju merah” yang bakal dianjurkan di ibu negara pada 16 September depan merugikan negara serta merosakkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata PAS. 

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, parti Islam itu juga tidak terlibat dengan himpunan yang dianjurkan oleh mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam. 

"Perhimpunan yang menyuburkan unsur perkauman ini langsung tidak membantu negara malah ia melemahkan perpaduan nasional dan akan merosakkan lagi imej Najib kerana dianjur oleh orang besar Umno seperti Ali," katanya dalam satu kenyataan malam tadi. 

Beliau turut melahirkan kekesalan ekoran lambang dan bendera PAS disebarkan seolah-olah mereka terlibat dengan perhimpunan itu. 

"PAS berasa kesal di atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan bendera dan lambang parti PAS dan cubaan mengaitkan parti di dalam himpunan 16 September ini.

"PAS menegaskan ia tidak terlibat dalam himpunan tersebut dan turut melarang mana-mana ahli menghadirkan diri," katanya dalam kenyataan itu. 

Ibu pejabat Umno difahamkan mengeluarkan notis menggesa bahagiannya di seluruh negara mengumpulkan ahli-ahlinya untuk turun ke himpunan tersebut. 

Langkah ini berbeza dengan kenyataan Najib yang juga merupakan presiden Umno pada Rabu lalu menafikan parti itu menaja himpunan kontroversi tersebut.

Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh, mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan Perhimpunan Rakyat Bersatu, atau dikenali "himpunan baju merah" pada 4 September lalu.

Dalam surat yang dilihat The Malaysian Insider, mesyuarat khas itu diadakan di Menara Dato Onn, pada jam 9 pagi.

Himpunan itu dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober depan, bertujuan antara lain, membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Himpunan itu menarik perhatian ramai apabila posternya menampilkan bayang individu bertanjak dengan melompat sambil menghunuskan parang, serta lokasinya iaitu di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling di ibu negara.

Dua kawasan itu merupakan tempat tarikan pelancong di ibu kota yang didominasi peniaga kaum Cina.

Najib sebelum ini berkata Umno tidak menaja himpunan itu tetapi tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertai himpunan tersebut. – 13 September, 2015.

* sebelum tu nampak beriya benar PAS dengan baju merah, sampai baju kuning pun tak sertai ..

PAS tidak tolak kemungkinan sertai himpunan ‘baju merah’ kata Haji Hadi

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

mosabit berkata...

tuan brahim ni sapa,,,hadi ni sapa....sapa sapa pun boleh lahhhh...kah kah kah kah

Abdul Said berkata...

Macam mana belit serbannya macam situlah belit lidahnya!!

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi tuan ibrahim akan dicop jebon juga kerana condong kpd PR

hadi arun din mesti marah sgt kt tuan berahim

bersedialah isi borang oren