Rabu, 12 Ogos 2015

Yusuf Qaradawi rayu Agong bebas Anwar, minta Najib henti kezaliman

Tokoh terkemuka dunia Islam, Prof Dr Syeikh Yusuf al-Qaradawi menyeru dan merayu Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong memberi pengampunan kepada saudara Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan.

Melalui sepucuk surat kepada Ketua Umum KEADILAN dan Kerajaan Malaysia, Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa itu sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa Anwar tidak bersalah.

Beliau juga secara terbuka menyuarakan keraguannya terhadap kes Fitnah II yang mengakibatkan Anwar dihukum penjara lima tahun.

“Satu-satunya ahli politik yang dikait dan dipalitkan dengan isu-isu moral yang mengaibkan, dengan bahan bukti yang amat meragukan, beliau dihukum dengan tahanan penjara berkali-kali.

“Kalaulah tidak kerana keraguan saya terhadap pertuduhan itu tentu saya tidak akan menulis menyentuh perkara ini, saya memang boleh berdiam diri dan membiarkan beliau meringkuk dalam penjara.

“Tapi kesetiaan saya dengan beliau sebagai seorang sahabat, di samping keyakinan saya tentang pendirian beliau yang baik dan niat baik saya terhadap rakyat dan Kerajaan Malaysia, semua itu menghalang saya untuk bersikap mendiamkan diri melihat ketidakwajaran tindakan terhadap beliau,” tulis Yusuf al-Qaradawi.

Selain itu, Ilmuan Islam itu turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan kezaliman terhadap Anwar.

Tegasnya, unsur kezaliman dilakukan di dalam kes tersebut telah merosakkan nama baik Malaysia dan pemimpinnya.

Beliau turut mengharapkan Kerajaan Malaysia tidak mengenepi peranan pembangkang di Malaysia.

Jelasnya, pembangkang merupakan sebahagian entiti penting dalam sesebuah negara yang berperanan sebagai pengimbang bagi memastikan sesebuah negara stabil dan selamat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: