Jumaat, 7 Ogos 2015

Tindakan dah semakin kurang ajar!

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau malah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.

“Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.

"Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya kepada Malaysiakini daripada luar negara.

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik badan Datuk Rohaizad Yaakob dipindah keluar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bahri, yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya dan bersumpah dengan nama Allah mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan pegawainya.

Manakala Rohaizad pula semalam menerima rombongan pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.

Anggota-anggota SPRM disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

* ya ... kuasa ditangan mereka. Tapi itu sementara .. bila rakyat sudah muak dan bosan, rakyat akan memulangkan kuasa kepada yang hak.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: