Sabtu, 8 Ogos 2015

Muhyiddin ulas tentang gangguan polis terhadap SPRM

Pihak berkuasa yang sedang menjalankan penyiasatan berhubung kes dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seharusnya saling
menghormati dan tidak perlu berkasar terhadap satu sama lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan presiden Umno itu berkata, agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam siasatan syarikat milik Kementerian Kewangan itu seharusnya mampu duduk
berbincang tanpa membabitkan serbuan sesama mereka.

"Antara agensi-agensi, hormatlah," katanya merujuk kepada Bank Negara Malaysia, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam
Negara.

"Jumpa bos. Bincang sahaja. Nak siasat cara teratur, tertib, berhemah. Jangan sampai timbulkan kemarahan," katanya merujuk kepada insiden serbuan polis
terhadap pejabat beberapa pegawai SPRM baru-baru ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata,  mereka tidak seharusnya diganggu mana-mana pihak dan sebaliknya dibenarkan menjalankan tanggungjawab masing-masing
dengan bebas.

"Dalam proses untuk menyiasat kes ini, orang ini dipecat. Saya ini tidak apa, orang kecil sahaja.

"Ini SPRM dengan polis, sampai SPRM rasa cukup kecewa," katanya di hadapan perwakilan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno ketika berucap merasmikan mesyuarat
sayap Umno itu di Pagoh, Johor hari ini.

Katanya, keputusan kerajaan dalam menangani skandal 1MDB yang dibebani hutang mencecah RM42 bilion ialah dengan menubuhkan pasukan petugas khas.

"Ada Bank Negara, polis, SPRM, peguam negara. Ini institusi yang tertubuh sejak Malaysia merdeka. Mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cukup
baik dan berhemah.

"Sebagaimana yang kita setuju, (mereka) mesti diberi kebebasan. Jangan campur tangan. Biar mereka buat kerja sepertimana kita mahu mereka buat kerja,"
katanya.

"Saya pun hairan, SPRM meluahkan rasa kecewanya, malah pegawai mereka juga marah apabila ada di kalangan mereka, rumahnya terpaksa digeledah," katanya.

Sebelum ini, beberapa pegawai tertinggi SPRM dipanggil polis untuk memberikan keterangan dalam membantu siasatan polis susulan kebocoran maklumat berhubung
syarikat 1MDB.

Malah, 3 pegawai SPRM turut dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berkaitan isu kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Mereka termasuk Timbalan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai dan dua lagi pegawai yang dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Polis pada Sabtu lalu turut menggeledah rumah Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi dan pejabatnya di Putrajaya.

Ketua Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan pembubaran pasukan petugas khas yang dipertanggungjawabkan menyiasat 1MDB, 2 hari lalu. – 7
Ogos, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: