Sabtu, 1 Ogos 2015

Najib sedia dedah sumber kewangan UMNO seandainya ...

Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau bersedia mengisytiharkan sumber
dana politik Umno ketika timbul dakwaan yang dana negara digunakan untuk membiayai kempen Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata, beliau hanya akan melakukan demikian sekiranya pembangkang juga bersedia mengambil langkah serupa.

"Saya sedia mengumumkan sumber pembiayaan politik kami, sekiranya pembangkang juga bersedia melakukan yang sama," katanya sambil mengkhususkan kenyataannya
kepada DAP.

Beliau juga berkata, usaha untuk menggubal undang-undang berkenaan ketelusan dalam pembiayaan politik pada 2009 "digagalkan DAP", tetapi mengatakan beliau
kini bersedia membuat cubaan kedua untuk melaksanakan undang-undang itu.

"Saya akan bawa perkara ini (ke Parlimen) sekali lagi," katanya. – 1 Ogos, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

undeng2 bole bikin, tapi kalu tak digunakan, tak guna juge...

Unknown berkata...

Rakyat suruh dedah akaun peribadi hg.bukan suruh dedah dana umno.
Lain org tanya,lain dia jawab