Sabtu, 1 Ogos 2015

Mashitah dan penipuan tentang kepimpinan PM

Golongan agamawan yang memanggil diri mereka sebagai "pewaris nabi" dan menggunakan label "alim ulama" (maksudnya "orang yang berilmu") adalah golongan
yang cukup disegani di kalangan orang Melayu Islam.
Kalau sesiapa menyoal pandangan mereka, pasti banyak orang Melayu Islam yang akan tersentap dan nyaring menyanggah "kau tu siapa, ulama ke? Ulama belajar
lebih 80 cabang ilmu" dan sebagainya. Dengan sikap yang amat taksub ini, tidak hairanlah yang golongan ulama boleh berkata apa saja dan masih boleh mendapat
tepukan gemuruh daripada mereka.
Saya amat terpegun beberapa hari yang lepas membaca tentang ucapan Datuk Mashitah Ibrahim tentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang
kononnya mencontohi Nabi Muhammad.

Paling menghairankan, bidang kepakaran Mashitah adalah bidang agama tetapi beliau memberi analisa yang begitu cetek dengan membanding sunah Nabi Muhammad
dengan kepimpinan Najib yang sekarang ini begitu hebat dikritik. Mungkinkah Mashitah menggunakan posisinya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana
Menteri untuk cuba mempengaruhi rakyat jelata supaya menyokong kepimpinan Najib dengan berkata yang kononnya Najib mencontohi Rasulullah? Mari kita fikirkan.
Hujah utama Mashitah ialah yang Rasulullah mengamalkan kepimpinan yang sederhana (atau dalam bahasa Melayu pentaksub Arab, "wasatiyah"). Kehidupan ini
dikatakan sebagai moderat dan tidak ekstrem. Inilah dikatakan sebagai falsafah kepimpinan Najib. Adakah ini benar?
Perlu diingat, semasa Isis (Negara Islam Syria dan Iraq) pertama muncul dulu, Najib satu-satunya pemimpin yang memuji kemaraan mereka. Pujian Najib ni
amat mengejutkan pembaca di media sosial yang sudah sedar pada masa itu yang Isis organisasi ekstremis amat merbahaya. Namun begitu, perdana menteri kita
sendiri memuji Isis! Bagaimana pula begitu?
Ada 2 jawapan kepada masalah ini. Satu, Najib tidak sedar tentang apa yang dipercakapkannya. Jikalau demikian, beliau tidak mencontohi Nabi Muhammad. Nabi
Muhammad pengikut setia Al-Quran (Surah Yunus, Ayat 15) dan jika fakta ini benar, maka Najib perlu mengetahui tentang apa yang dipercakapkannya sendiri.
Dia perlu menyelidiki maklumat itu sebelum bersetuju.
Kemungkinan kedua, Najib memang sedar dan mengagumi Isis yang sememangnya teroris dan pembunuh. Jika ini benar, maka Najib sendiri bukanlah pemimpin sederhana
tetapi pemimpin yang ekstrem. Kerenah jahat Isis setakat ini memang tidak dapat dipuji mahupun diberi alasan oleh pemimpin dunia malah mereka mengutuk
Isis.
Jadi tindakan Najib memuji mereka sememangnya salah langkah yang jauhnya hingga ke laut, kata orang. Itulah sebabnya kita tidak mendengar apa-apa lagi
mengenai Isis daripada Najib.
Pada saya, ucapan Najib yang memuji Isis itu dilakukan kerana beliau tidak menyedari siapa itu Isis. Beliau hanya bertaklidkan anasir jahat dalam Jabatan
Perdana Menteri yang ada bersimpati dengan perjuangan pertubuhan tersebut. Namun begitu, beliau belum lagi mencontohi Nabi Muhammad yang hanya akan mengikut
perkara diketahuinya.

Bagaimana pula dengan aspek lain kepimpinan Nabi Muhammad? Nabi Muhammad seorang yang gaya hidupnya amatlah sederhana. Baginda tidak mengadakan majlis
besar-besaran atau mempunyai bangunan yang besar di mana VIP dan VVIP mendapat layanan istimewa. Baginda tidak duduk di tempat yang diangkat supaya baginda
dapat dikenali sebagai seorang Rasul. Adakah ini budaya Umno? Rasanya tidak.
Bagaimana pula dengan perhubungan dengan pemimpin dunia? Nabi Muhammad bukanlah seorang yang angkuh tetapi baginda juga bukanlah seorang yang akan berkompromi
dalam prinsip hidup. Adakah begitu kesnya dengan pemimpin negara kita?
Jika mereka benar-benar mencontohi Nabi Muhammad, mungkinkah mereka menggunakan syarikat "branding" daripada negara yang ada masalah dengan hak asasi manusia
dan dikenali dunia dengan polisi pembersihan etnik mereka? Bagaimana pula dengan bermain golf dengan pemimpin yang polisinya menahan selama 15 tahun tanpa
perbicaraan orang yang kononnya bersalah?
Bukan saja bermain golf tetapi saya rasa Nabi Muhammad tidak akan mengambil "selfie" dengan pemimpin demikian. Baginda tidak akan terpegun dengan sesiapa
yang etikanya boleh dipersoalkan walaupun orang tersebut mempunyai kuasa yang tiada bandingannya.
Nabi Muhammad juga orang yang telus dalam kegiatan hariannya. Ini bermakna yang beliau tidak akan merahsiakan kegiatannya daripada orang ramai. Baginda
tidak boleh berbelanja harta baitulmal (tempat penyimpanan harta) dengan senyap-senyap kepada kroninya.
Menurut Al-Quran, baginda memberi hujah yang baginda hidup di kalangan kaumnya seumur hidup. Jadi secara logiknya, segala kegiatannya boleh diketahui orang.
Tiada alasan yang boleh diberi jika orang mahu menyelidik perbelanjaan Nabi Muhammad. Bolehkah ini dikatakan terhadap barisan kepimpinan kita?
Bagaimana pula dengan retorik perkauman? Adakah Nabi Muhammad mengadakan polisi yang berlainan untuk Salman Al-Farsi (berbangsa Parsi) atau Bilal ibn Rabah
(berbangsa Habsyi). Tidak sama sekali!
Nabi Muhammad tidak boleh menggunakan sebarang retorik perkauman. Retorik begitu melanggar falsafah Islam yang menolak perkauman atau sebarang unsur rasis
di kalangan manusia. Namun begitu, barisan kepimpinan Umno tiada masalah menghunus keris mereka dan berjanji untuk memandikan keris itu dengan darah kaum
lain.
Adakah ini cara 'rahmatan lil alameen' (manusia yang mengasihani sekalian alam) iaitu Nabi Muhammad? Rasanya tidak. Sekali lagi gelagat pemimpin Umno jauh
tersasar daripada contoh Nabi Muhammad.
Berbalik kita kepada Mashitah Ibrahim. Mashitah dulu pernah menyemarakkan api kemarahan dengan mendakwa yang orang bukan Islam membakar Al-Quran. Jadi
dia pun menolak prinsip Al-Quran yang menyuruh kita menyelidiki sesuatu dakwaan sebelum mengikutinya. Dengan ucapan terkini daripadanya yang mendakwa yang
perdana menteri mencontohi Nabi Muhammad, dapatlah dilihat yang Mashitah ini melacurkan agama Islam untuk kepentingan dirinya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Unknown berkata...

Ustazah bebal...niiii...bini najib pun najib x boleh didik agama...aurat pun tak suroh bini jaga...mcmana tu masitah oiii...cakap tu..jeling jeling la sikit.....bodoh n bangang menteri pasola .....

mansor berkata...

berlebihan dan pembaziran bukan sikap Muslim atau pengikut sunnah.....

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya Mashitah berada dalam PAS, sudah tentulah pemimpin2 PAS setiasa dalam puji2annya...Mashitah juga bijak menjaga kepentingannya sendiri dalam kerajaan...sebab tu Najib yang x tahu apa2 pun disetandingkan tarafnya sama dengan Nabi Muhammad...walhal Nabi Muhammad adalah satu2nya kekasih Allah yang terpelihara...tiada manusia yang setanding dengan Nabi Muhammad, melainkan sahabat2 baginda yang dimuliakan Allah disisiNya...dari situ...tahulah kita bahawa Mashitah ada kepentingan sesuatu dalam kerajaan...hanya sahaja Allah lebih mengetahui apa ada dalam hati Mashitah yang kadang2 nampak sangat kebodohannya itu...

Tanpa Nama berkata...

Kalau diperhatikan...Mashitah pun dah pandai bermekap tebal mengalahkan artis...inilah kononnya gaya ustazah2 zaman sekarang...dulu muka macam orang sakit...sekarang muka dah macam pelangi berwarna-warni...