Sabtu, 1 Ogos 2015

1MDB bukan duit pembayar cukai, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, masalah dihadapi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah disebabkan persepsi negatif orang ramai yang
menghalang ia dari disenarai awam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 Ogos, 2015.Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melibatkan
wang pembayar cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, sambil menekankan yang ia sebuah entiti perniagaan yang hanya meminjam wang
dari pihak ketiga.

"Ini bukan duit rakyat," katanya merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban di Paroi, Negeri Sembilan.

Najib, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB berkata, masalah dihadapi firma pelaburan negera itu adalah disebabkan persepsi
negatif orang ramai yang menghalang ia dari disenarai awam.

"Kalau anda hendak jadikan sebuah syarikat tersenarai awam, persepsinya mesti positif.

"Oleh kerana kita tidak boleh menyenarai awam, ia menyebabkan wujudnya ketidaksepadanan yang menyebabkan masalah aliran tunai," katanya sambil menambah
yang masalah syarikat itu tidak "seburuk" tanggapan orang ramai.

1MDB dimiliki Kementerian Kewangan, ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai idea Najib bagi merangsang pertumbuhan ekonomi melalui perkongsian global dan pelaburan
asing.

Firma itu berkata, ia tidak pernah menerima dana awam selain RM1 juta yang diperuntukkan pada masa penubuhannya.

Firma itu ketika ini berada di bawah penelitian berhubung hutang RM42 bilion yang ditanggungnya dalam masa enam tahun operasi, dan syarikat berkaitan dengannya
dikatakan terbabit dalam skandal menyalurkan wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) ke dalam akaun bank peribadi Najib. – 1 Ogos, 2015.

* hahahaha ... aku tak faham. Najib terlalu cerdik atau teerlalu bodoh dan gabra kerana skandal 1MDB?

habis duit

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

1 MDB bawah Kementerian Kewangan Malaysia... Kementerian Kewangan Malaysia tu syarikat swasta ke? GST dan cukai2 yang dikutip datang dari mana ye? Najib tu sapa dgn 1MDB? Gaji Najib siapa bayar?... tiba2 bukan wang rakyat.... bukan duit pembayar cukai... KALAU TU DUIT YANG MASUK DALAM AKAUN PERIBADI KAU DUIT DARI JENAYAH KORPORAT KE?