Ahad, 9 Ogos 2015

Khairy Jamaluddin tak sayang mulut .. Tunggu masa dipecat!

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak risau bakal digugurkan jawatan seperti mana berlaku kepada bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin susulan daripada semalam yang mahu polis menghentikan intimidasi terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri belia dan sukan itu berkata, beliau berpegang dengan pendiriannya dengan menyatakan institusi itu perlu dilindungi dan bebas untuk bercakap tanpa
rasa takut dan gentar.

"Saya tidak risau sebab saya percaya kita mesti berpegang teguh dengan pendirian kita iaitu melindungi institusi dan bercakap tanpa rasa takut dan gentar,"
katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Umno Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di Klang Selangor semalam.

Mengukuhkan lagi pendiriannya, beliau berkata kenyataannya mempertahankan SPRM itu selari dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak
mahu adanya "yes man" di kalangan pemimpin.

"Tadi perdana menteri sendiri kata dalam ucapannya tidak mahu 'yes man' di sekelilingnya bermaksud beliau (perdana menteri) hargai sesiapa yang membawa
pendapat berbeza.

"Jadi ini yang saya sedang lakukan, saya cuba untuk yakinkan (beliau) ini adalah pendirian peribadi saya berkenaan isu tersebut dan ini yang saya percaya.

"Isu ini menyebabkan kerisauan bukan sahaja kepada anggota SPRM tetapi ramai pegawai perkhidmatan awam muga menyatakan kerisauan dengan persepsi anggota
awam diganggu tugas," katanya.

Antara lain beliau berkata pertukaran dua pegawai kanan SPRM itu tidak dimaklumkan dalam mesyuarat Kabinet kerana ia berlaku selepas mesyuarat tersebut.

Semalam Pengarah Bahagian Operasi Khas (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu
disiplin" berkuat kuasa serta merta.

Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas tujuh pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu dua kali dan dua daripada pegawainya ditahan semalaman
oleh polis dalam tempoh seminggu.

Khairy dalam reaksinya berhubung insiden tersebut menjadi menteri pertama menyatakan kejadian itu tidak harus berlaku.

Terdahulu dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat pergerakan perwakilan Umno, Klang, Khairy mengakui Umno kini berada dalam keadaan tenat, uzur dan
lemah.

Menjelaskan ucapannya pada sidang media, Khairy berkata, sekiranya beliau menyatakan Umno tidak mempunyai masalah besar ia hanya mendatangkan gelak tawa
orang ramai.

"Kalau saya sebut kita tidak ada masalah besar orang akan gelakkan kita.

"Ini berkisar pada krisis kepercayaan dan defisit keyakinan juga masalah persepsi, dan juga masalah pokok yang perlu diselesaikan." – 8 Ogos, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

sungguh ke kj....??? atau setakat jadi belaci nak alih tumpuan rakyat dari 1MDB dan perompak-perompak duit 1MDB tu hingga berhutang berbillion rm tu.............?????????????

Tanpa Nama berkata...

Kentut je lebih dia ni rasanya.agaknya dia marah fb dia dah joint fb najib jd tempat maki hamun org.najib dah tahap sadispun ada lg yg sokong.seranggg najib kata kpd penjilatnya tp dia lari sembunyi dibalik duit derma haram jadah bilion bilion nya

Tanpa Nama berkata...

kena tendang jgk nanti si KJ niii............