khidmat seks kepada seorang anggota polis.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan Suhaili Abu Kasim, 35, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap tiga hari lepas.
Suhaili, seorang peniaga kecil, didakwa menawarkan khidmat seks kepada anggota polis itu di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Dang Wangi
di sini kira-kira 1.50 tengah hari pada 11 Ogos.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau
denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.
Bagaimanapun, Suhaili memohon hukuman ringan atas alasan dia menghidap penyakit asma selain perlu menanggung seorang anak berusia tujuh tahun yang dijaga
jirannya dan menjaga ibu bapanya yang uzur.
"Saya minta maaf, saya buat kerja ini kerana saya orang susah dan kesempitan hidup. Janganlah penjara saya. Saya lebih rela membayar denda daripada dihukum
penjara," kata Suhaili sambil menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.
Ashraf Rezal berkata mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan ancaman kepada masyarakat.
Beliau memberitahu Suhaili bahawa alasan kesusahan hidup tidak boleh dijadikan faktor untuk tertuduh berbuat demikian.
"Jangan ulangi lagi kesalahan ini. Saya doakan agar anak kamu dijaga dengan baik oleh jiran," kata majistret itu.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
4 respon:
Darurat?
kalau alasan darurat itu orang akan buat kerja ni jugak la
sebab dia yang kata boleh
itu orang jangan lupa bukan ini saja ada lagi yang dia kata
bagi kerja kat pencuri jangan hukum potong tangan
yang sedang offer ni ditangkap dan didenda ....... yang offer, dilanggan dan sedang/sudah berzina, kena denda macam ini tak ....???
nape tak ikut pandangan ustazah masitah mahzab umnu wal punah ranah.pasti jawapannya sangat berbeza.
Catat Ulasan