Ahad, 16 Ogos 2015

Abang Nik Abduh sertai GHB .. hahaha .. baru tau rasa

Pas akan menganjurkan sebuah himpunan besar-besaran bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan parti itu.

Ketua Pemudanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, himpunan itu dijangka akan dibuat di Kuala Lumpur atau Selangor dan mensasarkan seramai 60,000 orang akan menyertainya.

“Kita tahu Pas mempunyai masalah ada ahli kacau dari dalam. Isu GHB (Gerakan Harapan Baru). Kita tahu payah nak selesai. Sebab itu saya saran siapa nak keluar maka keluarlah. Sebab itu penyelesaian.

“Tujuan (himpunan adalah untuk ) menghimpunkan ahli dan penyokong Pas seluruh negara. Untuk beri kekuatan pada kami di peringkat pimpinan, ahli-ahli seluruh negara untuk terus komited dengan Pas,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Pas pada Ahad.

Nik Abduh yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, pihaknya yakin akan mencapai sasaran 60,000 orang kerana ia mengumpulkan keempat-empat sayap parti itu yang terdiri daripada Pemuda, Ulama, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong Pas.

Tambahnya, himpunan itu juga bertujuan bagi memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan ahli parti itu bahawa Pas mampu untuk menyelesaikan isu dalamannya dengan mudah dan cepat.

“Hari ini orang anggap isu ini akan panjang sampai PRU-14 (Pilihan Raya Umum-14). Saya yakin isu ini takkan lama. Pemuda yakin bulan 12 akan selesai,” katanya.

Sementara itu, Nik Abduh turut diminta mengulas mengenai khabar angin di media sosial bahawa abangnya, Nik Omar telah menyertai GHB.

“Saya hubungi dia berada di Thailand kerana dua, tiga hari menghantar anak dia belajar. Saya tak tahu gambar tu gambar bila kerana dia dua, tiga hari berada di Thailand.

“Saya tak boleh nak komen,” katanya

Berikut jawapannya ketika ditanya jika Nik Omar menyertai GHB.

“Saya terima. pimpinan Pas, pimpinan UMNO, pimpinan DAP masing-masing demokratik untuk siapa-siapa nak pilih gerakan masing. Keluarga saya ini 10 orang masing-masing semua sokong Pas tetapi NGO ini masing-masing berbeza.

“Ada yang ikut IKRAM, ada yang ikut ISMA tapi tabligh tidak ada lagi. Pak sedara keluarga saya banyak ..ayah saya tak marah kerana semuanya sokong Pas.

Dalam krisis ini pun mungkin ada perbezaan antara kami adik beradik tapi itu tidak menjejaskan hubungan,” ujarnya.

-fmt-

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

awang md hadan sik berkata...

Kesian belum apa2 lg dok kalut maki org....ghb belum daftar lagi, ada kompolan... syiah...progresif... profesional... liberal...inklusif ...n beberapa gelaran lg.... last sekali semua pendokong fenin... tengok pemimpin mereka cukup bangga mebuat ucapan mengeji bekas Jamaah sendiri yg tak sehaluan didepan khalayak cina yg harbi...bermegah dgn sorakan mereka setelah bekas pemimpin sendiri di aibkan... sampai hati... BUKAN SUMPAH N BUKAN CERCAAN GHB TAK SAMPAI DUA TAHUN AKAN KOJOL DEK KEMEGAHAN SENDIRI...dap dah maxima sokongan cinanya... ghb baru nak cari dari melayu pkr,umno n PAS... melayu umno jijik dgn ghb yg syg bontot dap...Melayu PAS meluat pada caci maki ghb yg cacamerba... belum ada party lg dah maki Kepimpinan Ulamak siang malam... dua tahun akan bungkus tinggal kenangan....