Isnin, 10 Ogos 2015

Inilah Sebab Mengapa Hadi Dan PAS Tak Pernah Serang Najib

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan
Pusat daripada beberapa isu yang dibangkitkan di media sosial atas sebab lebih penting iaitu kesejahteraan agama, rakyat serta negara.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuk, walaupun ada antara isu itu merupakan kesempatan terbaik untuk Abdul Hadi menyerang, tetapi pendirian
dibuat oleh Presiden PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan mensejahterakan rakyat.

“Sikap yang ditonjolkan seperti ini menjadi satu lagi petunjuk penting Pas semakin menjadi inklusif berbanding sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan
media hari ini.

Mohd. Zuhdi turut memberi contoh sifat inklusif Pas yang kini lebih menyerlah kerana turut menjemput kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam majlis-majlis
sambutan Hari Raya Puasa berbanding hanya anggota pakatan rakyat sebelum ini.

“Salah satu pendekatan yang akan diterapkan kepada organisasi akar umbi Pas ialah berikhtiar menutup ruang bermusuh atau ruang bersaing bersandarkan kepada
sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Janganlah kamu bercita-cita menemui musuh”,” katanya.

Beliau dalam pada itu menjelaskan, keputusan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan hubungan dengan DAP membuka ruang lebih besar untuk Pas berhubung langsung
dengan rakyat khususnya kaum Cina.

Jelasnya, hubungan Pas dengan kaum Cina sebelum ini dibuat melalui DAP yang bertindak sebagai jambatan penghubung tetapi kini PAS mencipta ruang sendiri
tanpa memerlukan lagi perantaraan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Apa yang penting organisasi PAS di semua peringkat perlu kreatif mencipta ruang bersama dan menutup ruang bermusuh dengan mana-mana pihak kecuali terhadap
mereka yang jelas chauvinist dan bersifat anti Islam,” katanya. – mynewshub.cc

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

mcm2 PAS niii...........

Tanpa Nama berkata...

keh..keh..... abis sebelum awat cina tak undi pong pas.... udah le.. ckup pemimpin umno yg kencing bediri... kata utk kesejahteraan rakyat apa yg dibuat... mnyak dunia turun .. kito??

maie1958 berkata...

Syok sendiri lah kau tok lebai????