terhadap dirinya dan 1MDB.
Ini kerana, kata Najib, dalam isu 1MDB seseorang yang beragama Islam perlu memegang prinsip mencari kebenaran sebelum menuduh seseorang bersalah.
"Sebagai orang yang berpegang pada agama, kita mesti pegang prinsip mencari kebenaran. Kita mesti pegang prinsip tiada sesiapa bersalah selagi tak terbukti
kesalahannya.
"Sebab itu saya nak puji Presiden PAS," katanya.
Menurut Najib, walaupun kedua-dua mereka bersaing kerana perbezaan politik, mereka bersependapat bahawa tiada sesiapa boleh dianggap bersalah selagi tidak
dibuktikan.
"Ini presiden PAS (yang) cakap. Presiden PAS pun boleh buat penilaian," katanya ketika berucap di sebuah majlis di Putrajaya hari ini.
Pembangkang tahu menilai
Abdul Hadi sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang tuduhan dan dakwaan terhadap Najib perlu berasas dan memerlukan saksi.
Katanya, Najib hanya manusia biasa dan bukan malaikat. Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, saksi diperlukan untuk mengesahkan segala dakwaan terhadap
perdana menteri.
Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno mempersoalkan sesetengah pihak yang dilihat "tumpang semangkuk" mengecamnya dalam isu 1MDB.
"Apa hal orang kita ni? Orang kita tumpang semangkuk, jadi tukang kipas.
"Pembangkang - sesetengah, bukan semua - ada juga yang tahu buat penilaian," kata Najib lagi.
Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar) juga menyifatkan laporan The Wall Street Journal yang melaporkan pengaliran dana 1MDB
bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun persendirian Najib sebagai "tidak logik".
Najib menafikan dakwaan itu namun terus berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Ekoran itu, Najib membuat rombakan kabinet dan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri kerana lantang bersuara dalam
isu 1MDB.
* betul mana ada salah..baru siasat...PAC pun dah bubar..tangguh siasat...mana ada salah...AG yang siasat ehhh dah kena pecat...mana ada salah...Orang yang
kritik dah kena pecat...mana ada salah...betul tu Tok Jib...mana ada salah..Tun pun tanya je...kat mana yang salah....So...mana ada salah..kannnn...kan ..
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Hadi dah terdesak kerana pakatan dah buang PAS...dulu PAS jugak yang kafirkan UMNO...inilah kononnya parti Islam...esok lusa dah jadi lain pulak cerita...dua2 perangai sama...
Apa pun aku terbuka dan tidak melatah dlm hal2 begini.. Sbb dari pedana menteri yg awal telah lalui hal yg sebegini.. Cuma tiadanya kuasa dihujung jari. Pekara yg berlaku baik parti kerajaan ataupun pembangkang semua telah lakukan pekara sama apa yg najib telah lakukan sekarang. Aku tetap sokong najib ataupun hj hadi.. Biar buka minda bukan tutup mata telinga dan fitnah.. Lebih2 lagi kita negara islam diakui serata dunia mahu mencerobohi negara yg kaya ini.. Fikir logik.. Cari fakta yg tepat.. INGAT.... Sebagai yg sayang negara.. Jgn gadai negara untuk menghuru harakan oleh berita2 sensasi.. Allah yg menyaksi dan menjadi hakim.. Kita serah padanya.. Yg buruk datang dari kita sendiri.. Yg baik datang dari ALLAH..
Catat Ulasan