Jumaat, 31 Julai 2015

Wahai guru, korang tak gembira ke dengan pengumuman Menteri Pendidikan baru ni ..? Hehehehe

Bebanan kerja yang ditanggung lebih 500,000 guru di seluruh negara akan dikaji semula bagi memastikan ia tidak menjejaskan tugasan hakiki
mereka sebagai pendidik.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas menghadiri majlis meraikan beliau sebagai Menteri Pendidikan
yang baharu berkuat kuasa Selasa lalu.

Beliau berkata, perkara yang akan dikaji hanya membabitkan kerja-kerja di luar tugasan hakiki seorang guru yang sebelum ini banyak menimbulkan rungutan.

"Ada rakan-rakan saya dalam kalangan guru bercakap mengenai perkara ini, jadi saya rasa perkara ini perlu dikaji supaya kita lebih jelas permasalahan sebenar
yang dihadapi mereka dalam isu ini.

"Kita akan cuba semak apakah bebanan yang dimaksudkan dan peratusannya...kajian ini tidak membabitkan tugasan hakiki guru, cuma kerja-kerja lain di luar
tugas hakiki mereka," katanya di sini, hari ini.

Mahdzir selain itu mengesahkan tidak ada sebarang perubahan dari segi dasar pendidikan akan dilakukan pada masa ini kerana dasar sedia ada masih relevan
mengikut keadaan semasa.

"Selama ini dasar pendidikan tetap sama sejak tahun 60-an, 70-an dan hingga sekarang, cuma yang berlaku adalah penambahbaikan terhadap dasar itu mengikut
kesesuaian zaman," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kalau menteri ni bagus, cuba arahkan sekolah dan pengetua supaya jadikan hari cuti umum adalah hari cuti bagi guru-guru. Jika nak jalankan aktiviti kelab atau persatuan, minta bantuan aktivis tempatan yang mahir bidang tu untuk laksanakannya tanpa keperluan guru-guru menjadi guru penasihat persatuan tersebut. Barulah guru tak tension.... silap-silap sokong sama lu.

Tanpa Nama berkata...

Ayat macam ni dah banyak kali dengar dah....
Tiap2 tahun masa sambutan hari guru mesti keluar ayat2 macam ni. Telinga cikgu dah kebas dah dengan janji2 macam ni.

Tapi kan.....bila KP baru ganti atau menteri baru ganti, tugas baru misti ada punya. Tugas lama sambung jugak. Tu belum tambah lagi tugas yg pengarah baru atau PPD baru bagi......

Pigi daaa...