Sabtu, 1 Ogos 2015

Najib tak boleh pecat jawatan Timbalan Presiden UMNO milik Muhyiddin

Tidak ada satu peruntukkan di dalam Perlembagaan UMNO yang membenarkan Presiden UMNO untuk memecat Timbalan Presiden UMNO. 


PETALING JAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak tidak akan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakob menjelaskan perkara itu tidak akan dilakukan Najib kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan memberinya
kuasa untuk bertindak sedemikian.

“Tidak boleh, tidak ada peruntukkan dalam Perlembagaan UMNO. Bahkan, tidak ada satu jawatan pun di dalam Majlis Tertinggi (MT) yang boleh digugurkan oleh
Presiden UMNO.

“Jawatan-jawatan yang dipegang oleh mereka semuanya ditentukan oleh kuasa pemilihan di dalam perhimpunan agung,” katanya.

Sewaktu dihubungi FMT, Mustapha menjelaskan bahawa desas-desus bahawa Najib akan memecat Muhyiddin hanyalah satu spekulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Mereka yang buat spekulasi itu tidak faham dan tidak baca Perlembagaan UMNO serta sengaja membuat fitnah,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, walaupun Muhyiddin tidak lagi memegang mana-mana jawatan di dalam kabinet, tetapi di dalam UMNO, Muhyiddin masih lagi orang nombor dua
di dalam parti.

“Muhyiddin tetap jadi nombor dua dalam mesyuarat MT. Muhyiddin tetap akan duduk disebelah Najib, bukannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” ujar beliau.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

najib..??? kah..kah..kah...!!!! altantunya dia boleh c4kan ... dia pecat ghani patail pun tak ikut perlembagaan malaysia yang disanjung-sanjung melebihi Al Quran ..... ini kan perlembagaan umno .....ceh!!!!! macai umno je yang tak reti bahasa ............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Apadah.... Ada kuasa ker jk masih TP Um no??? Boleh Buat APA lagi kat Pagoh??? Apakata ADUN2 JOHOR pakat2 letak jawatan ADUN....Jika Sultan JOHOR TITAH semua ADUN2 LETAK JAWATAN2 Dan tentu KENA ikut perintah SULTAN. Bab GST ari tu.... Sultan Johor pun ada bertitah.. Jika Johor, KEDAH, PERAK, N9, TEGANU & SABAH... Sepakat gitu...Naktaknak ......najib bubor PARLIMEN!!!